Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Isnin, Mac 21, 2011

Ganti Part di P. Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya, kerana ingin memeriksa "belting" "air cond dan power stering"  ni mengeluarkan bunyi yang amat kurang enak di dengar oleh aku. Boleh dikatakan setiap kali aku nak panaskan enjin dalam keadaaan "air cond on atau tidak" bunyi ni ada sehinggalah enjin dah panas baru bunyi akan hilang.

Sebelum ni aku pernah komplen kepada Pusat Servis akan hal tersebut, penyelesaiannya mereka telah "lubricate" dahulu dan memberitahu aku agar menggunakan dahulu tengok macamna, sekiranya masalah berulang atau menjadi lebih teruk, datang semula untuk proses penukaran "belt" (tidak termasuk dalam jaminan).

Aku tak buat temujanji pun, terus pergi jer, setibanya di P. Servis Proton Edar baru jer park exora aku terlihat sebuah exora yang mana aku kenal pemiliknya (bro ezad7604 @ EOCM 218).Dia nak buat servis km15000 +/- (maklumlah kereta jarang di gunakan) dan dia nak buat (replacement kunci spare yang hilang).

Service Advisor (SA - Aishah), telah memanggil nama aku pada jam 8.10am dan setelah aku memaklumkan segalanya pada SA. Aku dan bro Ezad pergi minum di warung berdekatan berbual-bual bersama dua lagi rakan beliau, lama dah tak ngeteh dengan bro Ezad ni...:),

Pada jam 10.20am aku telah di hubungi oleh pusat servis memaklumkan kereta dah boleh ambil (salah satu sebab aku suka datang servis kat sini sebab khidmat servisnya yang cepat dan kualiti kerja yang bagus).
SA - Aishah menerangkan apa yang telah dilakukan kepada exora aku.

  • PW811826 - ASSY TENSIONER ACC DRIVE - ganti baru (warranty claim)
  • PW811496 - BELT ACCESSORIES DRIVE - tukar baru (bayaran dikenakan) RM70.00 +/-

Aku dikenakan bayaran sebanyak RM59.10 (selepas diskaun daring card) bagi semua proses yang dilakukan. Aku memang puas hati.

P/s -   Semakin lama semakin bagus kemudahan yang di adakan di pusat servis ini, siap ada awek datang tanya, encik mahu apa-apa minuman tak ? dia tolong sediakan dan hidang...







2 ulasan:

jimon berkata...

bagi kordinat bro :) next servis aku nak try buat kat situ

mdshaari berkata...

ok roger bro jimon..nnt aku catatkan kat sini. :)