Pada tarikh 12/03/2011 berlangsung satu TT - Istimewa Ikan Bakar di
Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka yang telah di kelolakan
oleh EOCM SR.
Lebih kurang 47 ahli EOCM dan keluarga (ada juga yang datang solo).
EOCM SOUTHERN REGION |
GENG LENDAT MELAKA |
Menu yang akan disediakan:
• Siakap bakar
• Cencaru bakar cili
• Sotong goreng tepung
• Kailan ikan masin
• Kupang sweet sour
• Dessert
• Limau ais + sky juice
Hadiah Cabutan Bertuah -:
• 1 VS Kechat (hadiah utama)
• 7 bungkus hamper
• 5 keping baucar Tinted
• 5 unit Waterless Car Wash
Perjalanan
Kali ini aku tidak menyertai mana konvoi,kerana aku nak balik ke kampung
halaman dahulu. Aku memulakan perjalan dariTaman Bukit Angkasa pada jam
11:45am melalui Plaza Tol Sg. Besi dan exit tol Nilai,sebab nak ambil adik ipar.
Aku tersangkut dalam kesesakkan lebuhraya nasib baik ler dah dekat exit tol Nilai.
Sementara menanti adik ipar, aku sempat menempek sticker LENDAT dan
mengambil gambar buat simpanan. Hehehe.
Untuk mengelakkan terlibat dengna kesesakkan di lebuhraya PLUS, aku ambil
keputusan ikut Leburaya LEKAS dan exit kat Seremban/Kuala Pilah. Dari situ
aku ikut jalan lama melalui Rembau-Chengkau-Kota-Kendong – Taboh Naning
dan Simpang Empat ( balik kampung halaman jumpa mak , nenek dan sedara
mara sambil hantar barang. )
Aku kembali memulakan perjalanan ke PIBT melalui Lebuh AMJ, di sebabkan rasa
lapar yang amat, aku berhenti di Nasi Kandar Pinang Besar di Cheng Melaka,
berhampiran Best City Auto Acc. sempat lagi tanya harga nak pasang langsir kat exora.
Memandangkan masih terlalu awal dan mempunyai banyak lagi masa, aku singgah
kejap kat Pam Minyak Petronas Balai Panjang untuk rehat, tidur dan juga menukar
baju.
Alhamdulillah. Aku dan seisi keluarga aku selamat sampai ke lokasi pada jam
18:30 tepat.
Ketibaan.
Kesemua exorian dan ahli keluarga sampai tepat pada masa yang di jadualkan
Cip LENDAT |
Sesi pendaftaran bermula bagi mengesahkan kehadiran dan mendapatkan nombor cabutan bertuah. Meriahnya...hehehe.
K.E bertanggungjawab keatas PENDAFTARAN |
Nombor yang sama masa di YEG Rompin :) |
Setelah selesai sesi pendaftaran. kami semua bergerak memilih meja masing-masing.
Dan makanan sudah mula di hidangkan.Sesi cabutan bertuah sambil makan-makan.
Dihiburkan jugak dengan bakat-bakat karaoke. pergh menarik...
Tambahan menu sendiri bayar Ketam masak Blackpepper |
Pemenang Baucar Tinted |
salah seorang Pemenang Hamper |
Bro Lutfi tersenyum memenagi grand prize VS KECHAT yang bernilai RM250 sekiranya bukan ahli EOCM |
Aku memang berpuas hati dengan majlis TT yang di anjurkan oleh pihak GLM dan semua exorian yang hadir pada malam tu sporting ....SEMPOI HABIS. Majlis bersurai jam 22:30 dan aku terus balik KL..manakala yang lain ada yang sambung TT larut malam di satu lagi tempat dalam jajahan GLM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan