Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Exora Milik Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exora Milik Aku. Papar semua catatan

Selasa, Jun 07, 2011

Tukar penutup tempat isi minyak

Hari ini 7/06/2011, akubalik dari cangkulan(kerja), terus pergi ke Proton Edar Service Center Seksyen 13, PJ.

Baru ni aku pergi buat tuning dan check brake..aku komplen ada bau petrol berhampiran kawasan tempat minya diisi. Pihak teknikal dah buat pemeriksaan dan penyelesaiannya adalah dengan cuba mengantikan penutup yang mana dikhuatiri dah kurang gripnya atau agaknya dan kembang ler kot kat kawasan getah di keliling penutup tu...fahaman aku jer..

Tapi memandangkan tak ada stok, kena oerder part...baru ni aku mendapat panggilan barang dah ada..dan aku pula baru ada kelapangan pada hari ni..apa lagi terus pergi untuk dapatkan barang gantian..harap tiada lagi bau minyak petrol kadang-kadang benda remeh kalau di biarkan atau buat tak kisah akan membahayakan.

Tapi aku sampai lambat dan ramai orang aku kena tunggu looor...hehehehe. Tak pa asalkan dapat yang terbaik.
Tak pulak aku rasa bosan menunggu sebab pihak proton edar telah menyediakan jaluran wifi dan setiap komputer boleh ler aku layan surfing internet dan forum EOCM.

Sekian entri yang tak seberapa dan secara spontan taip..hehehe






Isnin, Mei 23, 2011

Eyelid buat Exora Milik Aku

Assalamualaikum.

Posting kali ini berkaitan pemasangan sticker eyelid kepada lampu depan exora milik aku.
Proses pemasangan telah berlaku di rumah Yazan(seorang freelance yang pernah aku ceritakan
pada posting sebelum ni). Yang sebenarnya proses pemasangan eyelid telah berlaku pada februari 2011 dan aku telah draft cuma baru sekarang nak post entri ni...


Eyelid seakan bro zamsurvey  Grin

memula yaxan buat temp. precut dulu

Dah dapat persetujuan baru dia potong ikut ukuran tadi

Proses tempek

trim finishing

finally

turut serta

bro jimon aka bro nazri (jadi role model)



bro zamsurvey (turun sebab aku minta tolong nak ambil ukuran eyelid kat Exora dia)



bro mazrin ushar line dulu...hihihi


Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi bro Yazan
di talian loceng terbang beliau 012-9108050.


Rabu, April 13, 2011

Servis Exora odo meter km40100

Assalamualaikum.

Hari ini 13/4/2011, aku bawa exora ke tempat servis Proton Edar iaitu di Seksyen 13, P.Jaya. Untuk buat major servis iaitu KM40000. Kali ini aku pergi lewat sikit (jam 09:45). Setelah daftar di kuanter dan di beri penerangan oleh SA (service advisor), aku di minta tunggu..apa lagi yang aku boleh buat...layari internet jerlah..hehehe.

Servis Major kali ni aku di kenakan bayaran sebanyak RM452.10 setelah aku minta tolak apa yang aku rasa tidak perlu dan selepas aku meminta pandangan SA Proton Edar. ((yang membuatkan major servis mahal dari basic dan regular ialah minyak (ATF) - minyak gear maklumlah gear auto))

Aku memang suka datang servis kat sini dari masa aku pakai waja lagi kerana bagi aku servis dan hasil kerja pomen memang ok dan juga keperihatinan Teknikal Supervisor bila ada komplen dari aku...hehehe.

Disebabkan servis RM452.10 dalam satu resit aku bertanyakan kepada juruwang kuanter bayaran takkan takde apa2 hadiah...hehehe...dia pun terus bagi aku :-






Sesiapa yang rasa ingin mencuba servis di sini, aku sertakan alamat :


Pusat Servis EON
Proton Edar Seksyen 13 PJ
Lot 4A, Jalan 13/6A
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
03-79545859 / 79577428
Faksimili 03-79576214

Kordinat - NDrive / Papago / I-go Primo
3° 6'59.80"N
101°37'58.43"E



Isnin, Mac 21, 2011

Ganti Part di P. Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya, kerana ingin memeriksa "belting" "air cond dan power stering"  ni mengeluarkan bunyi yang amat kurang enak di dengar oleh aku. Boleh dikatakan setiap kali aku nak panaskan enjin dalam keadaaan "air cond on atau tidak" bunyi ni ada sehinggalah enjin dah panas baru bunyi akan hilang.

Sebelum ni aku pernah komplen kepada Pusat Servis akan hal tersebut, penyelesaiannya mereka telah "lubricate" dahulu dan memberitahu aku agar menggunakan dahulu tengok macamna, sekiranya masalah berulang atau menjadi lebih teruk, datang semula untuk proses penukaran "belt" (tidak termasuk dalam jaminan).

Aku tak buat temujanji pun, terus pergi jer, setibanya di P. Servis Proton Edar baru jer park exora aku terlihat sebuah exora yang mana aku kenal pemiliknya (bro ezad7604 @ EOCM 218).Dia nak buat servis km15000 +/- (maklumlah kereta jarang di gunakan) dan dia nak buat (replacement kunci spare yang hilang).

Service Advisor (SA - Aishah), telah memanggil nama aku pada jam 8.10am dan setelah aku memaklumkan segalanya pada SA. Aku dan bro Ezad pergi minum di warung berdekatan berbual-bual bersama dua lagi rakan beliau, lama dah tak ngeteh dengan bro Ezad ni...:),

Pada jam 10.20am aku telah di hubungi oleh pusat servis memaklumkan kereta dah boleh ambil (salah satu sebab aku suka datang servis kat sini sebab khidmat servisnya yang cepat dan kualiti kerja yang bagus).
SA - Aishah menerangkan apa yang telah dilakukan kepada exora aku.

  • PW811826 - ASSY TENSIONER ACC DRIVE - ganti baru (warranty claim)
  • PW811496 - BELT ACCESSORIES DRIVE - tukar baru (bayaran dikenakan) RM70.00 +/-

Aku dikenakan bayaran sebanyak RM59.10 (selepas diskaun daring card) bagi semua proses yang dilakukan. Aku memang puas hati.

P/s -   Semakin lama semakin bagus kemudahan yang di adakan di pusat servis ini, siap ada awek datang tanya, encik mahu apa-apa minuman tak ? dia tolong sediakan dan hidang...







Sabtu, Mac 19, 2011

Basuh Exora + Penggunaan WCW + Sarung Tangan Microfibre = Hasilnya.

Assalamualaikum.

Aku ingin berkongsi di sini yang mana boleh dikatakan sambungan dari posting yang lalu, dimana aku telah membeli satu produk dari owner ABM - Waterless Car Wash (WCW).

Ketika berada di Kota Bahru , Kelantan (rumah abang ipar aku), sebelum aku mengikuti rombongan menghantar pengantin lelaki, aku telah menghantar exora aku dan sepupu isteri aku yang memandu grand livina ke satu car wash (nama kedai AQIL SNOW WASH).Walaupun kedai tepi jalan jer, aku puji cara pekerja kedai tu mencuci dengan teliti bukan cincai.


Setelah exora aku siap di cuci aku balik ke rumah abang ipar aku dan mempunyai banyak lagi masa aku terus ambil peluang menggunakan (WCW) + Sarung Tangan Microfibre yang aku beli di salah sebuah pasaraya.



Memang berbaloi menggunakan WCW ni...memang berkilat exora aku, macam kereta baru tu.

Apa kata korang cuba dulu tak ruginya...




Selasa, Mac 08, 2011

Waterless Car Wash and Emblem Handling By Lotus

Assalamualaikum.
Terlebih dulu aku mohon maaf banyak posting aku yang aku dah draft tapi tak publish.
Maklumlah orang yang agak sibuk...hehehe.

Pada tanggal 15/01/2011, aku ikut bro jimon(owner blog ABM) yang membuat satu
temujanji bagi proses menempek CF sticker eyelid mengikut citarasa beliau dengan Yazan
(free lance dalam menempek sticker) di Dori Dori Auto Works Shah Alam. Aku pergi pun
sebab nak lihat hasil precut eyelid yang akan di tempek ke lampu hadapan exora jimon.

Seawal jam 10.00am, kami dah pun berada di lokasi kejadian, tunggu Yazan yang belum
kunjung tiba.Disebabkan dah ada perjanjian berdarah temujanji dan oleh kerana
aku berkenan dengan hasil precut eyelid yang ditempekkan di exora seorang lagi
EOCM member bro zamsurvey kami terus menanti .


Sementara menanti kehadiran Yazan, aku berurusan jual beli produk Waterless Car Wash(WCW)+Emblem HANDLING BY LOTUS dari bro jimon.



 berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan produk di atas, silalah klik pada gambar.

Dah beli aku terus mencuba WCW pada exora aku dan hasilnya memang memuaskan...KILAT beb! hehehe.


Tengah seronok mengosok, sampai seorang member EOCM, bro Levinz(bukan nama sebenar). Aku buat demo kat bonet depan exora dia..terus dia berkenan sambar satu botol. Kedatangan bro Levinz adalah untuk smoked lampu hadapan exora dia. Tapi dia tak lama bersama kami, terpaksa bergegas pulang panggilan tugas.

Yazan sedang proses menempek sticker eyelid ke lampu hadapan bro jimon. Teliti sungguh hasil kerjanya. (jam 12.00 t/hari Yazan sampai ke lokasi.)
Proses menempek


Dah Siap
Sengaja aku tak letak banyak gambar proses menempek . Jika berminat nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. Bila proses menempek siap macam dah berjanji pulak seorang lagi member EOCM sampai ke lokasi iaitu bro pekanz dengan exo beliau.






hari tu bro jimon betul2 berpuas hati dengan tempekan sticker eyelid
aku pula kena tunda tempekkan eyelid di sebabkan warna sticker aku belum ada stok, akan tetapi aku puas hati juga dapat sambar WCW dan Emblem LOTUS.

Ahad, Februari 27, 2011

Servis Exora odo meter km35000

Pada hari Khamis 24/02/2011, aku tidak bertugas (off duty).

Aku membuat keputusan nak pergi servis exora aku yang mana odo meter dah menunjukkan km35800 ke Pusat Servis Proton Edar bertempat di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sepatutnya aku membuat temujanji dahulu, oleh kerana sibuk sangat kat tempat kerja terlupa...aku redah jer pergi ke SC...awal-awal pagi aku dah ada kat pusat servis. Bukan apa supaya dapat giliran dan cepat selesai.

mekanik baru selesai briefing
Kereta seawal pagi 

Setelah selesai sessi pendaftaran (nasib baik mereka terima walaupun tak buat temujanji terlebih dahulu), dan berurusan dengan Service Advisor(SA).

1) Servis 35000km.
2) komplen lampu belakang sebelah kiri asyik berwap dan wap tu lama jugalah baru hilang.
3) Periksa "belting" ada bunyi setiap pagi nak hidupkan enjin, bunyi tu akan hilang setelah enjin panas.

Semasa menanti exora aku siap, aku apa lagi melayari internet dengan kemudahan wifi yang disediakan. aku terbaca satu pamplet promosi di pusat servis seperti gambar dibawah:


Jam 11:30am exora aku sudah siap di servis. SA tu memberitahu aku semasa aku nak membuat pembayaran bahawa masalah yang aku adukan itu telah diselesaikan iaitu :-

1) Siap segala proses berkaitan servis.
2) lampu belakang digantikan dengan yang baru.
3) lubricate balik kat "belting" dan bunyi itu sudah tidak kedengaran :) (tapi dia kata sekiranya dalam seminggu dua ni berbunyi balik, bawa kereta semula dan belting itu akan ditukar tapi bayaran barang akan dikenakan kerana ianya tidak termasuk dalam waranti.

Bayaran yang dikenakan ke atas semua proses selepas diberikan diskaun Daring Card ialah sebanyak RM173.70. Aku telah diberi satu hadiah berupa alat untuk periksa sukatan angin tayar.(rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari) kata orang lama (otai) :).






Selasa, Februari 22, 2011

Lampu LED (headlamp)

Assalamualaikum.


Selepas TT berbola mata lokalan yang bertempat di Warong Tasek Kelana Jaya pada 28 Januari 2010 bersurai. Saudara Lehman (EOCM member) aka Shahrul IBM membuat penjualan bergeraknya.


Aku telah membeli satu Lampu LED (warna putih ) untuk dipasangkan ke lampu hadapan Exora aku dengan harga yang aku rasa patut2 lah.


Sedikit gambar yang ingin aku kongsikan  :-
Gambar LED

Selepas Dipasang LED

Pandangan Sudut Bucu Hadapan

Bolehlah nak merasa pakai kat Exora aku :).

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Shahrul aka Lehman di talian digi 0162189772.Selain dari lampu LED (ada 3 warna)-(putih,biru dan ungu), Grounding Cable, Wiper dan Carbon Sticker pelbagai Warna

Sabtu, Februari 19, 2011

ON WHEEL BALANCING & ALLIGNMENT

Assalamualaikum.
Pada 18/01/2011 aku balik kampung halaman Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, teringat nak pergi buat on wheels balancing dan allignment. 

Yang sebenarnya aku dah lama aku draft topic ni dan disebabkan baru sekarang ni masa mengizinkan, barulah dapat aku publish topic ni sekadar berkongsi info jer.



Pergi ni pun sbb terbaca posting rakan EOCM di SR...


masa raya nanti jom buat balancing kat SC klemak, alor gajah  Wink


sikit pembetulan bro, bukat kat SC Klemak, kat kedai otai area simpang empat klemak tuh...ni picture sket kasik Chan tgk on wheel balancing...kat ipoh x de kot Chan.. Grin







Uploaded with ImageShack.us


First time aku tengok machine dan kaedah balancing yang di gunakan... Shocked Grin Cool

sempat juga aku mengambil gambau buat rujukan kengkawan...
manalah tahu suatu hari kalau nak buat...nak merasa...hihihihi



ON WHEEL BALANCING & ALLIGNMENT DI ALOR GAJAH MELAKA  
TERPERINCI : Berdekatan Simpang 4 antara ke Alor Gajah –ke Lendu / Masjid Tanah / Tg. Bidara – ke Durian Tunggal / Jasin –ke Bandar Melaka, selepas  Sekolah DOL SAID menghala ke Bandar Melaka. 

Tambahan info lokasi. kedainya betul2 kat tepi simpang dan juga bersebelahan dengan 
pencawang kecil TNB. kedai memang nampak buruk,tapi pomen lama dan banyak pengalaman tu.

Bertentangan dengan kedai ni (seberang jalan) seperti gambar di bawah:-



On Wheel Balancing – RM 10.00 sebiji x 4 = RM 40.00

Untuk tidak memeningkan sila lihat gambar ini dari kiri ke kanan,
mulakan dari atas ke bawah (proses yang berlaku)
Allignment  RM 20.00

Untuk tidak memeningkan sila lihat gambar ini dari kiri ke kanan, 
mulakan dari atas ke bawah (proses yang berlaku)
Masa yang diambil untuk proses balancing dan allignment ni 
dari 15:30 - 16:15 = 0:45 min, dan proses ni memerlukan dua orang.. Cool 


Siapa yang berminat atau ingin mencuba bolehlah pergi ke Alamat 

KM 240, Kampung Kelemak, Alor Gajah, 78000 Melaka. 
No Tel : 06-5562703 / 012-6842663 
Nama tokeh kedai Leong Foo Heen kelebihan boleh cakap TAMIL