Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Isnin, Mei 23, 2011

Eyelid buat Exora Milik Aku

Assalamualaikum.

Posting kali ini berkaitan pemasangan sticker eyelid kepada lampu depan exora milik aku.
Proses pemasangan telah berlaku di rumah Yazan(seorang freelance yang pernah aku ceritakan
pada posting sebelum ni). Yang sebenarnya proses pemasangan eyelid telah berlaku pada februari 2011 dan aku telah draft cuma baru sekarang nak post entri ni...


Eyelid seakan bro zamsurvey  Grin

memula yaxan buat temp. precut dulu

Dah dapat persetujuan baru dia potong ikut ukuran tadi

Proses tempek

trim finishing

finally

turut serta

bro jimon aka bro nazri (jadi role model)



bro zamsurvey (turun sebab aku minta tolong nak ambil ukuran eyelid kat Exora dia)



bro mazrin ushar line dulu...hihihi


Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi bro Yazan
di talian loceng terbang beliau 012-9108050.


KesDajal - Radiator Hose


« on: May 20, 2011, 03:39:16 PM »
Reply with quoteQuote


Salam,Aku nak cecite cket pasal kes-kes dajal nie..benda nie terjadi kpd 
seorg sahabat aku.. Aku nak pesan,Berhati-hati bila berhenti kat 
perhentian RnR..
kerana 1 kes dajal ni akn berlaku..



faktanya lbh kurang mcm nie la..

1.pagi tu brenti kat RnR Seremban arah selatan.

2.Parking penuh so terpaksa parking jauh cket (org x ramai)

3.Sarapan dlm 20mnt.

4.Teruskan perjalanan x sampai 10mnt..dlm 10KM

5.Tempreture naik mendadak...

6.Berhenti di lorong kecemasan

7.x Sampai 1 mnt sebuah kereta brenti (2 org India)

8.Cek2 kete bg tau Gasket bocor krn terdpt kesan air pd engine.

9.Memberikan tawaran tarik kereta ke workshop kwn dia (workshop india) 
   dgn hanya menggunakan kereta.

10.estimate harga yg berpatutan la konon..

11.Sudah siap kene cas giler2..x masuk akal..

12.x mo byr kete x leh kuar..tanye lbh2 mcm nk gaduh..

13.Engine siap mcm gampang...(maaf ayat tu owner tgh panas)

14.Panas hati byr jgk psal nk keluarkan kete..

15.Jumpa member2 workshop area seremban bg tau sebenarnye hose radiator 
      kena cucuk masa kat RnR.

16.Modus operandi yg sama telah byk kali digunakan..



P/S : Berhati2 bila berhenti di RnR..cr parking tempat yg org nampak..

Jika yg ingin bermalam ni highway hotel..pastikan parking anda boleh 
dilihat oleh org awam...

Kredit to EOCM member bro RotorMasters yang memberi kebenaran untuk 
aku kongsikan info di Blog TBA - MSH



KesDajal - Brake Disc


« on: March 10, 2011, 10:27:56 AM »
Reply with quoteQuote


Salam 1Malaysia


aku nak ceritakan satu kes yang terjadi pada kawan aku yang mana cerita ini 
nanti boleh kita semua jadikan iktibar. mungkin ada antara kita pernah dengar 
cerita ini atau mungkin juga pernah mengalaminya.

ceritanya mcm ni. time kawan aku tengah drive kat area jalan cheras- kajang 
(beware sebab kat sini selalu terjadi kes ini) tiba2 disc break keretanya berasap. 
(mahunya tak panic kan) dan tiba2 plak ade sorang mamat india ni lalu kat sebelah 
dia bawak motor offer diri nak tolong( pada hal time dia lalu  sebelah kereta 
kawan aku tadi,mamat tu dah simbah minyak enjin kat disc break kwn aku). 
then kawan aku ni stopkan kereta dia sbb dah cuak tengok disc break berasap.
sebab tak penah kena pun sebelum ni. bila dah parking tepi jalan, mamat tu bagitahu
mungkin disc break kereta kawan aku tu dah rosak dengan menunjukkan bukti ada 
kesan minyak dekat disc break (padahal dia yg simbah minyak enjin kat situ). 

Then mamat tu suruh kawan aku tu putarkan stereng kereta untuk tengok cabel pump 
disc break. time ni lah dia wat keja terkutuk dia, bila kawan aku berada di dalam kereta 
untuk putarkan stereng, time tulah mamat tu cabutkan cabel disc break supaya semua 
minyak disc break habis.lalu mamat tu cakaplah yg disc break kereta ni dah rosak, 
kena repair dalam rm500-rm800 padahal trick dia simbah minyak enjin ke disc break.....
disc break akan panas bile kereta bergerakkan dan  sebab itulah keluar asap kerana 
minyak enjin itu bergesel dgn disc break.

so time tu, dia offer kat kawan utk repair dan mamat tu cakap dia ade kenal bengkel 
(mayb dia dah JV dgn bengkel tu) tpi nasiblah akal kwn aku tu  panjang cket, dia call 
kwn2 dan ceritakan mslh nya, kwn2 dia pun advise suruh call towing utk gi repair kt 
bengkel kawan abg dia. bila dlm lori tu, driver lori tu (juga india) bgtahu yg dalam minggu 
tu dah 5 bijik kereta dia dah towing semua kes mcm dia jugaklah, konon2nya disc break 
rosak, padahal ada orang dajalkan dengan simbah minyak enjin kt disc break supaya 
berasap.

so kwn aku g bengkel letak balik minyak disc break yg harga dia tak smpai pun rm100.
nasib tak kopak dan ditipu sampai rm500-rm800..perghhh modal dengan minyak enjin ke 
dah untung beratus2..cilaka punye orang..

dulu top kisah orang campak paku kat jalan kasi tayar motor bocor, 
mayb ni plak trick baru simbah minyak enjin kt disc break supaya berasap, 
pastu konon2 nak tolong kata disc break rosak kena repair.

selepas je kejadian tu, kawan aku dpt tolong sorang brader ni dari kena tipu mcm dia
jugak, kes yg sama iaitu kes disc break berasap.berlaku kat tepi jalan kt tesco extra
kt taman midah dekat gak area jalan cheras-kajang kan (beware). nasib lah dia dapat
tolong brader tu dari kena tipu. brader tu pun cerita sebijik yg mcm kawan aku tu kena

so lepas ni kalu terjadi kat korang baik lah hati2. aku cuma share cerita je.

p/s:

1. mayb diorg dah awal2 simbah minyak enjin kt disc break kereta time parking. maknanya 
dia dah marking dulu mangsa.atau,:

2. dia simbah time dia follow kereta tu, yg ni lagi otai, ntah bile lah diorg leh simbah minyak tu.

ok, thanks...

Kredit to EOCM member bro RotorMasters yang membenarkan aku 
berkongsi info di blog TBA - MSH.



Sabtu, Mei 21, 2011

SATU KEJADIAN TANAH RUNTUH

HARI INI SABTU 21/05/2011 LEBIH KURANG JAM 15:30.

Dalam seronok aku  monitoring jaluran TDM yang baru dinaikkan dan sedang masing2 membuat audio check.

Satu laporan berita dari ahli TDM

SATU KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BT14. KAMPUNG SEMUNGKIS HULU LANGAT - DI PERCAYAI RUMAH ANAK YATIM TELAH TERLIBAT DALAM KEJADIAN TERSEBUT. BERIKUTAN DARI KEJADIAN TANAH RUNTUH INI, DI NYATAKAN SERAMAI 15 ORANG ANAK YATIM TELAH TERTIMBUS.

LALUAN TELAH DI TUTUP BERHAMPIRAN KAWASAN OLEH PIHAK BERKUASA.PIHAK POLIS, AMBULANS DAN LAIN PIHAK SERTA AHLI JALURAN TDM BERGEGAS KE TEMPAT KEJADIAN UNTUK MEMBERI BANTUAN.

Apa2 pun harap maklum ini hanya info belum RASMI. 

LAPORAN SELANJUTNYA, AKAN CUBA DI INFOKAN...INSYAALLAH

SEKIAN.

Sambungan secara rasmi dan lintas langsung dari pihak media:

JAM 17:30 Sambungan aku lihat di TV3 - RUMAH PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH, MADRASAH AL-TAQWA - 2 MAYAT BERJAYA DI TEMUI - 21 MASIH TERTIMBUS DAN 7 LAGI DILAPORKAN SELAMAT.

USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT MASIH DITERUSKAN.

SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN USAHA PENCARIAN BERJALAN LANCAR.

AMIN.

Lihat pada video daripada Berita Harian Online:

http://www.youtube.com/watch?v=1oja4l0fGlw&feature=youtu.be

 

Sabtu, Mei 14, 2011

REDTONE MOBILE POSTPAID - BETTER than the "Best Deal" in town.


Keep your existing number and enjoy the better deals that you can’t resist



Sekiranya anda berminat untuk mendaftar atau menjadi Redtone Associate Agent sila hubungi :
mdshaari di talian 01110 603515,
 Agent Id : 6690597
mdshaari.hassan@gmail.com 
atau 
tinggalkan nama dan email anda untuk di hubungi di bahagian komen



Selasa, Mei 10, 2011

Sekadar info : Karnival Walkathon D’Raja Kelantan 2011 – Walk With Me (MV)


fromWeblog Salam Pantai Timur salampantaitimur@gmail.com
tomdshaari.hassan@gmail.com
dateTue, May 10, 2011 at 7:15 AM


Posted: 08 May 2011 07:46 PM PDT
Karnival Walkathon D'Raja Kelantan 2011 - Walk With Me (MV)
Karnival Walkathon D’Raja Kelantan 2011 merupakan satu program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi. Penganjuran karnival ‘Walkathon’ ini adalah lahir dari idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad V sendiri.   Oleh itu, tagline “Walk With Me – MV” tercipta!

“M” merujuk kepada Muhammad dan “V” merupakan angka lima, iaitu “ME-MV” ialah KDYMM Al-Sultan Muhammad V.
Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mendekatkan KDYMM        Al-Sultan Muhammad V dengan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim, di mana KDYMM Sultan Muhammad V sendiri turut menyertai acara Walkathon dan mencemar duli berjalan kaus bersama-sama rakyat jelata.
Karnival ini akan dianjurkan pada 3hb, 4hb, dan 5hb Jun 2011.  Acara walkathon ini juga dijangka dapat memecahkan rekod “Malaysia Book of Records”, bagi kategori peserta walkathon teramai atau “unity walk.”
Antara aktiviti menarik yang dirancang pihak penganjur sepanjang karnival ini berlangsung ialah Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert.
Like Facebook Rasmi Karnival : https://www.facebook.com/WalkWithM5




Sabtu, Mei 07, 2011

Jersi Harimau Malaya Versi kanak2

Assalamualaikum.

Lama juga aku tak menulis apa entri di sebabkan masa tidak mengizinkan.

Dan kebetulan rakan-rakan ada menempah jersi harimau malaya...bro azhar77 1 helai (biru) dan untuk (harmonic beliau pula warna biru juga), en. maslan 1 helai biru dan bro jimon pula inginkan warna kuning buat harmonic kembar beliau.

Alhamdulillah kesemua jersi sesuai dengan saiz badan masing-masing. Baru tengahari tadi berkesempatan menghantarkan baju buat harmonic bro jimon dan dia berpuashati. Bro jimon telah menghantar gambar harmonicnya yang memakai jersi tersebut...


Disini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang support aku...dengan membuat tempahan jersi...aku hanya mengambil jersi sekiranya ada tempahan...hehehe.

kredit kepada bro jimon sbb sudi berkongsi gambar juga terima kasih bro jimon sebab belanja aku minum 3 layer tea.

Nota: Bagi jersi untuk harmonic  - RM25 sepasang
harmonic dalam bahasa radio = (anak).



Sabtu, April 30, 2011

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-2 (SUT’2 ) - EOCM





TARIKH   : 30 APRIL – 1 MEI 2011
TEMPAT   : MARINA ISLAND RESORT PANGKOR (MIRP), LUMUT


HARI PERTAMA: 30 APRIL 2011 (SABTU)

MASA                               AKTIVITI


0700 – 0930      Ketibaan peserta dan sarapan pagi di The Bistro, COE 
                 (Pakaian – Baju official EOCM)
                 Pemberian goodies bag/pemasangan sticker dan jalur gemilang
                 Welcome oleh En. Izad Raya, Ketua Bahagian Komunikasi Proton
                 Taklimat kepada setiap peserta dan susunan kenderaan untuk
                 flag-off konvoi (Flag-off oleh En. Izad Raya)

0930 – 1230      Berkonvoi ke CP2
                     Restoran D’Hentian Batu 8, Sitiawan

1230 – 1330      Berkonvoi ke CP3
                    Giant Manjung

1330 – 1430      Solat Zuhur
                    Persiapan konvoi

1430 – 1500      Berkonvoi ke MIRP
                    Diiringi polis trafik
                    Rakaman pihak media

1500 – 1700      Check-in di MIRP
                    Berehat

1700 – 1900      Pencarian Exora tercantik
                    Sukan pantai (Pakaian – T-shirt region masing-masing)
                    Bola tampar pantai
                    Futsal pantai
                    Old Paper Mummy (Perempuan )

2000 – 2359      Exorian dan keluarga mengambil tempat
                    Tema pakaian : warna-warni dan ceria
                    Bacaan Doa (Ustaz Robodin)
                    Ucapan wakil EOCI
                    Ucapan dan perasmian majlis oleh presiden EOCM - 
                    Dato' Shaiful Nizam Bin Abd Hamid
                    Penyampaian cenderahati
                    Pertubuhan Kebajikan Anak - anak Yatim & miskin Sg.Pinang Klang
                    Pertubuhan Kebajikan Anak – anak Yatim Bait Al-Amin Parit Perak
                    EOCI         
                    MIRP
                    Makan Malam
                    Persembahan Multimedia
                    Persembahan anak-anak yatim
                    Permainan
                    Pakaian beragam (12 tahun ke bawah)
                    Kerusi berirama (terbuka L & W)
                    Keluarga ceria
                    Simpul mati EOCM
                    Penyampaian piala pusingan Exora tercantik
                    Cabutan bertuah

HARI KEDUA: 1 MEI 2011 (AHAD)

MASA                    AKTIVITI

0700 – 1100      Sarapan
                   Life Band anak-anak EOCM – Unplugged
                   Penyampaian hadiah
                   Sukan pantai
                   Permainan
                   Rakaman dari RTM
                   Sesi ice-breaking

1100 – 1200      Check-out

1200 – 1400      Melawat kedai makanan laut Lumut (Kedai Tarmizi dan Zalina)
                 Pulang ke destinasi masing-masing



Rabu, April 13, 2011

Servis Exora odo meter km40100

Assalamualaikum.

Hari ini 13/4/2011, aku bawa exora ke tempat servis Proton Edar iaitu di Seksyen 13, P.Jaya. Untuk buat major servis iaitu KM40000. Kali ini aku pergi lewat sikit (jam 09:45). Setelah daftar di kuanter dan di beri penerangan oleh SA (service advisor), aku di minta tunggu..apa lagi yang aku boleh buat...layari internet jerlah..hehehe.

Servis Major kali ni aku di kenakan bayaran sebanyak RM452.10 setelah aku minta tolak apa yang aku rasa tidak perlu dan selepas aku meminta pandangan SA Proton Edar. ((yang membuatkan major servis mahal dari basic dan regular ialah minyak (ATF) - minyak gear maklumlah gear auto))

Aku memang suka datang servis kat sini dari masa aku pakai waja lagi kerana bagi aku servis dan hasil kerja pomen memang ok dan juga keperihatinan Teknikal Supervisor bila ada komplen dari aku...hehehe.

Disebabkan servis RM452.10 dalam satu resit aku bertanyakan kepada juruwang kuanter bayaran takkan takde apa2 hadiah...hehehe...dia pun terus bagi aku :-






Sesiapa yang rasa ingin mencuba servis di sini, aku sertakan alamat :


Pusat Servis EON
Proton Edar Seksyen 13 PJ
Lot 4A, Jalan 13/6A
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
03-79545859 / 79577428
Faksimili 03-79576214

Kordinat - NDrive / Papago / I-go Primo
3° 6'59.80"N
101°37'58.43"E



Selasa, April 05, 2011

Quansheng TG-UV2

Dari 25/03/2011 - hinggalah semalam, aku masih terfikir nak masuk mobile rig atau beli handy jer.Pada awalnya aku buat urusan dengan M16~PIE untuk tolong belikan puxing 777 atau puxing 888, tapi setelah mengambil kira  dan pergi jalan2 kat low yatt + info yang diberikan pak shukri supaya pasang rig lagi bagus sebab rig boleh sampai 45 - 50watt...lagi puas hati nak memancar radio.

Tapi di sebabkan aku masih dalam proses pembelajaran jadi semalam jugaklah (5/4/2011) aku ambil keputusan untuk sambau handy jer..sebenarnya ada satu handy yang aku jumpa boleh dapat 7 watt (jenis ICOM - V8 - single band VHF - RM 480.00) dan salah satu model yang di rekomenkan untuk mampu milik. Cuma bila aku pikir2kan lebih baik aku sambau jer terus dual band brand Quansheng VHF/ UHF TG-UV2 - two way radio 2 channel display.

Lagi pun amoi kat low yatt tu dah kenal dengan pak shukri, aku tunjuk bussiness card pak shukri...ooo itu bos TDM ka...ok..ok apa u mau...hehehe! dasyat betul pak shukri ni..:), aku dah tak ingat yang lain dah rasa memang sambau jerlah Quansheng biarlah orang nak kata apa pun - (pada masa tu ler).

Dalam masa yang sama aku minta maaf pada M16~PIE, sbb tak jadi meneruskan hajat nak sambau px 777 atau px 888 yang besar lebih kurang kotak rokok dan model yang agak tahan lasak...jatuh pun boleh pasang balik bateri dan boleh memancar.

Hati dah berkenan dengan product dibawah:-
Quansheng TG-UV2 Dual Band 2 channel display

Quansheng TG-UV DUAL BAND - Click Image to Close
Dual band,FM Radio,Voice scrambler(Optional),CTCSS/DCS,Dual-watch operation,Power switch:4w/2w/1w

Built-in VOX function,Priority scan,Wide/narrow bandwidth,PC programme or keypads programme

Busy lock,Cable clone,Alarm function
Frequency range:
    FM:   88-108MHz (only receiver)
    VHF:  136-174MHz
    UHF1: 350-390MHz (only receiver)
    UHF2: 400-470MHz
    UHF3: 470-520MHz (only receiver)
Transmitter

    Power output: High≥4w Medium ≥2w  Low ≥1w

    Emission Current: ≤1.5A
    Modulation sensitivity: 12mV
    Modulation  Distortion:  <5%
    Modulation Limiting : Wide <5KHz    Narrow  <2.5KHz
    Modulation Mode: 16ΦF3E 11KΦF3E
    Remanent Radiation ≤7μw
    Preemphasis character : 6dB
    CTCSS/DCS Frequency Deviation :0.75KHz±50Hz  0.37KHz±30Hz
Receiver
    RF Sensitivity: -122dBm(12dB SINAD)
    Modulation Receiver  Bandwith: 5KHz
    Audio Distortion: ≤10% / Audio  power: <0.5w / Audio Response:6dB
    Blocking: ≥85dB , Spurious response rejection: ≥65db
    Dimensions:   110mmx 56mmx  37mm, Weight: 850g

Item Comes with original charger and battery.Please be adviced that charger is a 270GR 

Cara2 nak setting :


                                                            
1) Quansheng TG-UV2 - 1 set 
 2) Nagoya Mag - 90EL-W Antenna
3) Magmount (BNC)
4) S46 cable (BNC)
5) Bracket RB400 (Black)
6) PTT - Pro talk palm mic

Mudah untuk digunakan - tapi bab seting freakunsi pada mula aku pening dah di baca manual pun masih tak faham...maklumlah aku mmg zero pasal benda alah ni...yang mana aku pun langsung tak minat pada mulanya...bila tengok rakan2 EOCM yang usung ke hulu ke hilir dan paling seronok bila aku lihat mereka ni memancar dan bergabung ...datang ler minat sikit2....hehehe. Setelah di ajar berkali-kali oleh tuan punya kedai alhamdulillah boleh ler sikit aku memahaminya...dan rasa mudah ler pulak.

(tapi aku akui mesti ada pro and con - model ini tidak di datangkan dengan charger kereta)
layan video ni..:
http://www.youtube.com/watch?v=EHfA8Uqi6F8




Mendaftar sebagai operator radio TDM RADIO COMMUNICATION

Semasa aku berada di Port Dickson pada tarikh 25hb March 2011 jam 23.50 setelah habis program malam tu aku dan rakan sekerja aku Mohd Shoffy mengambil kesempatan untuk pergi berjumpa dengan N03~pak shukri selaku Pengerusi TDM Services dan N02 Abg Mohammad Noh di pangkalannya yang terletak dikawasan Lot 1454, Kg. Sirusa, Batu 4, Jalan Pantai 71050 Port Dickson, N. Sembilan 06-6463303 
atas tujuan ingin mendaftar dan mengajukan pertanyaan kepada beliau akan perkara yang berkaitan dengan handy atau walkie talkie dan pengunaan radio mobile. 


Aku baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini.Setelah mendaftar dan membayar uftinya aku diberikan AA dan call sign November 41 (N41~mdshaari)dan sijil keahlian dihantar kemudian melalui pos. Ramai juga dari kelab Exora yang mendaftar :







M16~pie, N31~raymie, N33~asnor endin dan ramai lagi N45~rem80.


Setiap pembayaran yuran pendaftaran adalah untuk suami/isteri.Terima kasih TDM. Lepas ni bolehlah aku cari handy dulu dan jika ada rezeki dan mahir sikit bolehlah pasang  mobile rig pula...hehehehe.


Terima kasih kepada M16~pie yang telah memberi info TDM ni.


Sekira ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link di bawah:-

TDM RADIO COMMUNICATION - TOTAL DIRECTION MANAGEMENT & SERVICES