Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Sabtu, Mei 21, 2011

SATU KEJADIAN TANAH RUNTUH

HARI INI SABTU 21/05/2011 LEBIH KURANG JAM 15:30.

Dalam seronok aku  monitoring jaluran TDM yang baru dinaikkan dan sedang masing2 membuat audio check.

Satu laporan berita dari ahli TDM

SATU KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BT14. KAMPUNG SEMUNGKIS HULU LANGAT - DI PERCAYAI RUMAH ANAK YATIM TELAH TERLIBAT DALAM KEJADIAN TERSEBUT. BERIKUTAN DARI KEJADIAN TANAH RUNTUH INI, DI NYATAKAN SERAMAI 15 ORANG ANAK YATIM TELAH TERTIMBUS.

LALUAN TELAH DI TUTUP BERHAMPIRAN KAWASAN OLEH PIHAK BERKUASA.PIHAK POLIS, AMBULANS DAN LAIN PIHAK SERTA AHLI JALURAN TDM BERGEGAS KE TEMPAT KEJADIAN UNTUK MEMBERI BANTUAN.

Apa2 pun harap maklum ini hanya info belum RASMI. 

LAPORAN SELANJUTNYA, AKAN CUBA DI INFOKAN...INSYAALLAH

SEKIAN.

Sambungan secara rasmi dan lintas langsung dari pihak media:

JAM 17:30 Sambungan aku lihat di TV3 - RUMAH PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH, MADRASAH AL-TAQWA - 2 MAYAT BERJAYA DI TEMUI - 21 MASIH TERTIMBUS DAN 7 LAGI DILAPORKAN SELAMAT.

USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT MASIH DITERUSKAN.

SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN USAHA PENCARIAN BERJALAN LANCAR.

AMIN.

Lihat pada video daripada Berita Harian Online:

http://www.youtube.com/watch?v=1oja4l0fGlw&feature=youtu.be

 

4 ulasan:

mdshaari berkata...

KUALA LUMPUR, 22 Mei - Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah MadrasahAl-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi lapor Bernama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

mdshaari berkata...

Jika ada yang sudi menyumbang utk membantu mengurangkan beban dan membangunkan semula rumah anak-anak yatim tersebut, bolehlah salurkan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia melalui nombor akaun Maybank 564137300901. Sila hubungi AJK rumah kebajikan al hikmah di talian: En Azrul 0177113526 atau seorang lagi AJK di talian 0132083747 sebelum / selepas membuat sumbangan ke akaun tersebut. Info: Facebook Tanah Runtuh Sg. Semungkis, Hulu Langat

Ajieda Ajis berkata...

Allah lebih menyayangi mereka. Cuma kita yang masih hidup harus sentiasa beringat. Dugaan tuhan tidak terduga....

mdshaari berkata...

Betul tu..allah lebih menyayangi mereka..