Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Rabu, Mac 02, 2011

Memperbaharui lesen di JPJ berlainan pada hari yang sama..


Assalamualaikum.

Semalam 1 March 2011, adalah hari rehat aku selepas habis minggu bertugas syif pagi. Aku nak pergi perbaharui lesen PSV (teksi) yang telah luput pada 4/3/2010 (tempoh yang diberikan oleh pihak JPJ adalah 3 tahun) sekiranya tak perbarui nanti takut kena ambil ujian semula hehehehe.

Aku merempit ke JPJ Wangsa Maju pada jam 11:30am dan tiba di JPJ pada jam 11:50am.Setelah memastikan kuda besi aku dikunci, maklumlah kita mesti sentiasa berhati-hati. Hampir tengahari ramai juga orang.


Aku terus ke tingkat bawah pintu satu dan mengambil nombor giliran. Walaupun ramai orang tetapi setiap urusan di uruskan dengan cepat oleh pegawai kuanter yang bertugas, di JPJ WPKL (Wangsa Maju) terdapat 16 kuanter. dan bagus juga aku pergi tengahari kerana hanya urusan individu sahaja akan dilayan pada masa rehat. Bagi ajen pula tidak akan dilayan jadi lagi cepatlah urusan aku hehehe.


Setelah lebih kurang 10 minit, nombor giliran aku dipanggil. Aku ingatkan bolehlah selesai urusan pembaharuan lesen teksi aku ni (ingatkan dokumen dah lengkap), rupa-rupanya aku borang JPJ L8 yang aku muat turun dari laman Web JPJ, yang mana aku telah pun mendapatkan pemeriksaan dari Klinik pada 28/2/2011 tu kekurangan iaitu resit pembayaran pemeriksaan dari klinik tersebut. Pegawai kuanter tu kata "minta maaf encik, wajib sertakan resit pembayaran". 

Terpaksalah aku balik semula ke klinik tu untuk mendapatkan resit. Tapi dah alang-alang aku ada kat sana aku perbaharui lesen CDL (lesen memandu) aku walaupun tarikh luput pada 15/02/2012, tambah lagi 2 tahun. :).

Setelah aku dapat resit aku merempit pula ke JPJ Maju Junction, KL. Mula-mula ingat nak parking kat luar je tapi terbaca amaran dari polis, AWAS kawasan ini dikenal pasti kawasan kecurian motorsikal. terus aku batalkan niat dan terus masuk basement untuk parking kuda besi aku.

Aku naik ke tingkat 2 dan pergi ke pintu 2 (bagi urusan individu).Di JPJ Maju Junction pula terdapat 17 kuanter. 




Kali ini nombor giliran aku adalah:-

Warga Emas akan diberi keutamaan 
Di luar kawasan JPJ ini pula terdapat pelbagai servis seperti INSURAN dan SURUHANJAYA SUMPAH


Selesai saja urusan aku bergegas bayar parking motor. Sekali masuk bayaran yang dikenakan ke atas motorsikal RM2.00






6 ulasan:

Asri Alam berkata...

signboard warning tu ada kena mengena dgn strategi menarik income parking tak? haha

mdshaari berkata...

rasanya ler bro hahaha...sbb ramai yang park kat luar..tp bro mmg kawasan jln raja laut ni top pasal kecurian motorsikal...

jimon berkata...

tabik spring la kat ko...ada lesen teksi...

mdshaari berkata...

hehehe, dulu aku ambil masa dengar ura2 nak bagi BSS...berhenti secara sukarela....aku standby je..payah nak cari kerja baru...tapi sampai la ni tak pernah nak drive teksi lagi.

Sekali masa tu aku dah bayar half dan ambil ujian L serta belajar motor besar nak ambil B Full tp halfway jerlah :)

akuamy berkata...

perghh lesen PSV.. aku dulu ada GDL tp sbb dah lama xpakai lupe nak renew langsung skang kena amik semula

mdshaari berkata...

rugi rasanya kalau kita tak renew sbb nak ambil ujian L dan memandu tu yang malas tu...ujian teksi bahagian kemahiran dan jalan raya berlainan dari ujian lesen memandu CDL.

Sekarang ni RM? entah bayaran yang di kenakan oleh pihak JPJ keatas GDL dan PSV berkaitan dengan kelas D.