Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Ahad, Februari 27, 2011

Servis Exora odo meter km35000

Pada hari Khamis 24/02/2011, aku tidak bertugas (off duty).

Aku membuat keputusan nak pergi servis exora aku yang mana odo meter dah menunjukkan km35800 ke Pusat Servis Proton Edar bertempat di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sepatutnya aku membuat temujanji dahulu, oleh kerana sibuk sangat kat tempat kerja terlupa...aku redah jer pergi ke SC...awal-awal pagi aku dah ada kat pusat servis. Bukan apa supaya dapat giliran dan cepat selesai.

mekanik baru selesai briefing
Kereta seawal pagi 

Setelah selesai sessi pendaftaran (nasib baik mereka terima walaupun tak buat temujanji terlebih dahulu), dan berurusan dengan Service Advisor(SA).

1) Servis 35000km.
2) komplen lampu belakang sebelah kiri asyik berwap dan wap tu lama jugalah baru hilang.
3) Periksa "belting" ada bunyi setiap pagi nak hidupkan enjin, bunyi tu akan hilang setelah enjin panas.

Semasa menanti exora aku siap, aku apa lagi melayari internet dengan kemudahan wifi yang disediakan. aku terbaca satu pamplet promosi di pusat servis seperti gambar dibawah:


Jam 11:30am exora aku sudah siap di servis. SA tu memberitahu aku semasa aku nak membuat pembayaran bahawa masalah yang aku adukan itu telah diselesaikan iaitu :-

1) Siap segala proses berkaitan servis.
2) lampu belakang digantikan dengan yang baru.
3) lubricate balik kat "belting" dan bunyi itu sudah tidak kedengaran :) (tapi dia kata sekiranya dalam seminggu dua ni berbunyi balik, bawa kereta semula dan belting itu akan ditukar tapi bayaran barang akan dikenakan kerana ianya tidak termasuk dalam waranti.

Bayaran yang dikenakan ke atas semua proses selepas diberikan diskaun Daring Card ialah sebanyak RM173.70. Aku telah diberi satu hadiah berupa alat untuk periksa sukatan angin tayar.(rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari) kata orang lama (otai) :).






Tiada ulasan: