Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Sabtu, Februari 19, 2011

Fiesta 1 Malaysia - Kementerian Belia & Sukan

Hari ni aku off duty, so aku nak pergi Plaza Imbi nak menghantarkan LCD Monitor 17 inci aku yang rosak sejak minggu lepas. Apa lagi masukkan LCD dalam beg, capai kunci motor merempit kejap ke Plaza Imbi.

Hari ni Sabtu pasti ramai orang. Lebih baik bawa motor kalau kereta alamat susahlah nak cari parking. Aku memang hantar baiki laptop atau cpu kat Plaza Imbi tingkat 2 (orang pakistan yang baiki) selama 3 tahun aku berurusan dengan mereka ni sekira kerosakan major.

Aku puas hati dengan servis baik pulih dan dah ramai pelanggan aku rekomen kat kedai ni. Nama (kedai T Wania - Nama Staff yang sering aku berurusan - Rizwan).

Apabila tiba di lokasi memang benar sangkaan aku sesak beb. Dah memang Low Yatt dan Plaza Imbi menjadi tumpuan ramai orang ketika hujung minggu.

Dan rupanya hari ni juga telah berlangsung satu majlis Fiesta 1 Malaysia, bertempat di Main Concourse Berjaya Times Square yang bermula dari jam 3.00pm - 10.00pm. Patut lah begitu ramai orang berpusu-pusu di situ.




Sekadar Infomarsi.

Tiada ulasan: