Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Ahad, Februari 27, 2011

Pasar Malam Taman Bukit Angkasa

Semalam 26/02/2011, aku bertugas syif pagi dan sepatutnya habis pada pukul 15:30pm, disebabkan ada kerja yang perlu aku selesaikan..aku balik pada jam 18:30pm. Nasib ler pengasuh anak aku boleh bertolak ansur bila aku beritahu yang aku tak boleh sampai awal..hehehe.

Isteri aku pula kerja syif petang, masa nak balik "moksu" aku minta tolong pergi pasar malam belikan barang untuk masak kerabu ayam..dah alang2 nak pergi aku pun tanyakan kepada pengasuh nak kirim apa-apa tak?.

Pasar malam ni boleh dikatakan mendapat sambutan, ialah mana taknya pembeli yang datang tu dari Pantai Hill Park, Kondo Rakyat, Taman Bukit Angkasa, Kg. Kerinchi dan Pantai Dalam serta beberapa tempat lagi. Alhamdulillah kepada peniaga pasar malam itu lah yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Walaupun hujan renyai, tak menghalang penduduk setempat mencari apa yang diinginkan...termasuklah aku...hehehe.Pasar malam ni berhampiran dengan PPR Pantai Permai, lebih tepat di Jalan Pantai Permai.








Aku nak beli Yong Tau Fu tapi di sebabkan ramai yang sedang memilih aku cakap kat brader kedai tu RM10.00 tapau nanti saya datang ambil (siap bagi aku nombor giliran)

Bolehlah aku cari barang lain dulu hehehe..




Pasar malam ni akan beroperasi dari jam lebih kurang 3:45pm hingga jam 22:30pm setiap hari Rabu & Sabtu.


4 ulasan:

Semut Api berkata...

siap nagi nombor tuh...mcm nk buat ic pulak..

-byk info blog ni terutama pasal exo... tahniah bro.

author faethal berkata...

Terima kasih menjadi follower & menceburi dunia blogging.

mdshaari berkata...

Sama-sama dan terima kasih kembali sbb jadi follower aku juga :)

mdshaari berkata...

itu yang strategi dan servis yang di berikan oleh kedai tersebut..

kalau nak tunggu lama (ramai orang) sistem nombor giliran diperkenalkan supaya pelangan order dan kemudian bolehlah mencari barang lain dahulu dan baruler makanan yang kita pilih tak bertukar ngan org lain...

bijak memang bijak...hehehehe