Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Selasa, Jun 07, 2011

Tukar penutup tempat isi minyak

Hari ini 7/06/2011, akubalik dari cangkulan(kerja), terus pergi ke Proton Edar Service Center Seksyen 13, PJ.

Baru ni aku pergi buat tuning dan check brake..aku komplen ada bau petrol berhampiran kawasan tempat minya diisi. Pihak teknikal dah buat pemeriksaan dan penyelesaiannya adalah dengan cuba mengantikan penutup yang mana dikhuatiri dah kurang gripnya atau agaknya dan kembang ler kot kat kawasan getah di keliling penutup tu...fahaman aku jer..

Tapi memandangkan tak ada stok, kena oerder part...baru ni aku mendapat panggilan barang dah ada..dan aku pula baru ada kelapangan pada hari ni..apa lagi terus pergi untuk dapatkan barang gantian..harap tiada lagi bau minyak petrol kadang-kadang benda remeh kalau di biarkan atau buat tak kisah akan membahayakan.

Tapi aku sampai lambat dan ramai orang aku kena tunggu looor...hehehehe. Tak pa asalkan dapat yang terbaik.
Tak pulak aku rasa bosan menunggu sebab pihak proton edar telah menyediakan jaluran wifi dan setiap komputer boleh ler aku layan surfing internet dan forum EOCM.

Sekian entri yang tak seberapa dan secara spontan taip..hehehe






1 ulasan:

jimon berkata...

share ler gambau