Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Khamis, Jun 23, 2011

Tali Minyak / Cable Throttle LC135 PUTUS

Assalamualaikum.

Khamis - 23/06/2011 jam 8:40am, Aku merempit pulang dari tempat kerja Pusat Bandar Puchong melalui Lebuhraya NPE menghala ke Taman Bukit Angkasa. Sebelum menghampiri Pondok Tol tali minyak motor LC135 aku putus...adoiyaiii...nasib kurang baik pagi ni...apo nak buekkan. Nak menolak ke rumah mcm jauh sikit..jadi aku buat keputusan menolak ke arah bertentangan dan keluar dari lebuhraya masuk ke kawasan Pasir lama menghala ke Jalan Klang Lama (kalau tak salah aku ler...hehehe). Sebab setahu aku ada satu kedai motorsikal di kawasan berhampiran. Nasibler kedai motor tu dah buka. Fuh Legalah sikit.

Bila aku kata kabel minyak aku putus dan tanya pada tauke kedai ada stok tak? Lega lagi bila dia kata ada..yang kurang leganya bila dia kata ada masalah sikit, pomen dia dua2 belum masuk kerja lagi mungkin lambat sbb ada urusan lain..memandangkan aku dah malas nak menolak motor aku pun ambil keputusan menunggu sajalah pomen dia masuk kerja.

Akhirnya salah satu pomen kedai sampai pada jam 09:35am, terus tauke tu minta pasangkan cable throttle tu dengan kadar segera...tauke tu kata kalau dia pandai pasang dah lama di buatkan..di sebabkan LC135 agak sudah dan leceh sikit proses penukarannya tauke tu tak nak ambik risiko.

Boleh tahan jugak aku menunggu proses pemasangan oleh pomen tu dan akhirnya siap pada jam 10:25am..pergh lamanya menanti, tapi apakan daya aku lagi ler tak pandai...asalkan siap dan boleh merempit balik pun dah kira Alhamdulillah.

Kos-Barang +Upah pasang = RM45.00 ntah ler mahal ke murah atau berpatutan pun aku tak tahu...hehehe.

2 ulasan:

akuamy berkata...

tali sawat tu putus
memang xbleh nak gerak laaa
kalo nk gak tarik cara manual
hehehe

mdshaari berkata...

tu ler pasal dah nasib kurang baik nasib baik menolak tak jauh sangat..nak tarik cara manual pun tak boleh bro sebab putus bahagian tengah..huhuhu