Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Rabu, Januari 26, 2011

Program TITIK SENTUHAN dari TV1

23/01/2011
Dapat sms dari azhar77@eocm528 tertulis tengokler TV1 sekarang.

Tengah syok layan intenet, terus tukar siaran TV1...rancangan pada masa tu TITIK SENTUHAN
yang mana menunjukkan kawasan tempat aku tinggal iaitu Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam.

Ianya program yang menunjukkan keluhan dan aduan penduduk kawasan ini tentang
sikap pemandu bas yang mengambil penumpang di tempat yang tidak sepatutnya dan
menyusahkan penduduk setempat yang ingin ke tempat kerja dan laluan menjadi sesak.

Paparan berikutnya mengenai aduan penduduk berkenaan masalah tempat meletakkan kenderaan..
terdapat segelintir penduduk dalam kawasan mahupun luar kawasan yang meletakkan
kenderaan secara berlapis dan ada juga yang menarik hand brake. Ada juga yang meletak
kon sebagai tanda tempat atau petak tersebut di miliki olehnya.

Lagi paparan dan keluhan penduduk tentang longkang yang tersumbat akibat daripada
segelintir penduduk yang membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perpaipan yang bocor
tanpa di baiki kerana kebanyakkan rumah telah di sewakan. Di khuatiri sekira di biarkan berterusan
boleh mengakibat tempat pembiakkan nyamuk dan kebarangkalian penduduk kena denggi adalah sangat tinggi.

Dan apa yang di umumkan oleh program ini ialah semua aduan diatas akan di bawa ke DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua yang di tulis diatas adalah dari sumber paparan Program TITIK SENTUHAN dari TV1

1 ulasan:

mdshaari berkata...

Masih belum tahu apakah langkah selanjutnya yang akan diambil oleh pihak DBKL.