Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Selasa, Ogos 16, 2011

TT Ramadhan bersama EOCM TGK, PPOC & PPEOC (TERENGGANU)

Minggu lepas aku sekeluarga balik ke kampung halaman isteri (xyl). Bercuti awal sebab tahun ni tak dapat cuti raya di sebabkan tugasan dan nak beri laluan atau giliran kepada rakan sekerja pula untuk bercuti raya kali ni.Aku akan bercuti selepas rakan sekerja kembali bertugas.

Kira banyak tempat atau rumah juga aku pergi berbuka, dari Bukit Abal, Pasir Putih -> Jalan Guchil Bayam Kota Bahru -> Kedai Lalat, Pulau Melaka, Kota Bahru dan Kubang Puyu Chalok Barat, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu.

Semasa berada di Chalok Barat aku mengambil kesempatan menghadirkan diri dalam satu majlis TT - Ramadhan yang di anjurkan oleh rakan EOCM TGK - Team Ganu Kite yang berada di Kuala Terengganu. Majlis itu adalah sekadar majlis berbuka puasa gabungan Kelab-kelab dari Eastern Region. Majlis yang telah di ketuai oleh Bro Kadir Kadiri aka KK @ Kizz Kazz selaku Cip EOCM TGK di bantu oleh barisan AJK EOCM TGK.
 EOCM-Exora Owners Club Malaysia 
PPOC-Proton Persona Owners Club 
PPEOC-Proton Persona Elegance Owner's Club 


Antara yang hadir:

EOCM TGK                                           PPOC/PPEOC Trg
1. KK dan familia                                                                          1. Muhammad Azizi Zainal ~ Cip PPOC Trg
2. Izaruddin dan familia                                                           2. Mohd Ridzuan ~ (PPOC)               
3. Pak Andak dan familia                                                          3. Raja Abdul Malik ~ (PPOC)
4. Rawheem dan familia                                                            4. Ahmad Syukri Che Mohamad ~ (PPEOC/PPOC)
5. Om@Umina dan familia                                                       5. Esmalee Endut ~ (PPOC)
6. Zred dan familia                                                                      6. Engku Ashymie ~ (PPOC)                                                                
7. Ruslan Muda dan familia                                                     7. Pok Mi ~ (PPEOC)
8. Jafri dan familia                                                                       8. M.Saiful Azuar ~ (PPOC)
9. Syeh dan familia                                                                      9. M.Muhaimin Zahari(Puteri Farah) ~ (PPOC)
10. Madiganuexora dan familia                                             10. Mohd Nasiruddin ~ (PPOC) 
11. Proton Dan dan tunang                                                      11. Abdul Hafiz Mamat ~ (PPEOC)
12. Kazima dan familia                                                               12. Zaki ~ ((PPEOC)
13. Ruslan Harun dan familia~ member baru
14. Mdshaari dan familia ~ tetamu istimewa dari CR









 















   

Minta bantuan


Ninewiskietwo Nsf Awi
Azizam Mohamad
MINTA BANTUAN KERETA JENIS WAJA PLATE NO TAC9389 COLOUR SILVER TELAH HILANG JAM 7.00 MLM DI STESEN KTM SUNGAI GADUT NEGERI SEMBILAN....NO TEL 0134321520..9W2ZJT HANDLE AZIZAM...KALAU TERSEREMPAK ATAU TERJUMPA TAHAN DAN TELEFON BALAI YG BERDEKATAN....

Tolong panjang2 kan info ini, insya'allah sekiranya diizinkan Allah boleh jumpa kembali kenderaan ini.

Ahad, Julai 31, 2011

Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan

Aku ingin mengambil kesempatan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan 
mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimah yang 
beragama islam. 


Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama 
30hari yang di wajibkan ke atas umat islam dengan lancarnya.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun lepas...Amin

PENGERTIAN IBADAH PUASA
Pengertian puasa mengikut istilah Syara’ ialah “Menahan diri dari 
makan,minum serta melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.
Wajib berpuasa bagi orang yang menganut agama islam, 
 telah cukup umur (akil baligh) dan berakal.
Waktu / masa berpuasa adalah dari terbitnya fajar Sadik hingga 
terbenamnya matahari (masuknya waktu magrib)



Lafaz Niat untuk Puasa (Sebulan)
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
  
Lafaz Niat Puasa (Harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka 
dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Sabtu, Julai 09, 2011

Sesekali menggunakan pengangkutan awam seronok juga.

Pada khamis 7/7/2011 sememang aku "off duty", aku nak pergi ke Lowyat dan Plaza Imbi nak ambil monitor yang aku hantar untuk baiki pada minggu lepas. Oleh kerana selepas ambil monitor dan kedai Radio Icam aku nak ke pejabat abang aku di Pandan Indah atas sebab nak mengambil kereta untuk di bawa pulang.

Jadi aku buat keputusan gunakan kenderaan pengangkutan awam dari base aku Taman Bukit Angkasa. Aku menaiki bas METRO - 46D sehingga ke Hentian Monorail di Brickfields dengan kadar tambang RM1.00 dan seterusnya dengan monorail aku ke Imbi (Bukit Bintang) dengan kadar tambang RM2.10. Dah lama tak naik sejak ada motor dan kereta..memang terasa seronok mana taknya aku tak payah nak memandu atau merempit rilek jer. (tak percaya cubalah hehehe).



Lebih menariknya aku lihat bas berikut mempunyai mobile RIG dan dibantu oleh Antenna Quaterwave, melihat pamandu bas yang bersahaja menggunakan untuk QSO bersama rakan bagi tujuan menghilangkan mengantuk oleh tuntutan tugasan yang mana perlu mengambil dam menurunkan penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi yang telah di tetapkan..mana taknya dengan keadaan jalan yang sesak dan cuaca panas memang ler mengantuk...


Aku sampai ke destinasi iaitu Imbi dan menyelesaikan segala urusan, sebelum tu aku dah call abang aku supaya ambil aku kat Plaza Imbi. Dari sana aku terus ke Pandan Indah untuk menghantar abang aku pergi cari kedai minum sambil berbual bersama rakan abang aku yang aku kenal juga turut serta makan di kedai tu..lama juga aku kat situ, maklum lah dah lama berpeluang berjumpa seperti ini di sebabkan semua sibuk dengan tugasan masing-masing.

Sekian. Terima kasih.





 

Khamis, Jun 30, 2011

Temankan rakan yang baru berminat dengan Hobi Radio

Pada 21/06/2011 aku dan 2 rakan dari EOCM yang mana turut mendaftar diri dengan TDM Communication & Services pergi ke kedai kat LowYat untuk beli handy pada awalnya, akan tetapi setelah mereka membuat keputusan dengan mengambil kira dari segi diskaun yang di perolehi sekiranya membeli pakej COMBO..iaitu Handy + Mobile RIG + Full Accessories.

EOCM member Jackie - EOCM 1005 aka TDM Echo Juliet dan aSaMBoi - EOCM 798 aka Echo Alfa Sierra telah memilih untuk membeli handy jenama AVOX dan Mobile RIG jenama Icom V8000 dengan Antena Mobile Pro Gainer - MC101.


 

Bro aSaMBoi atau Fakhrul Anuar Sulaiman terpaksa balik awal sebab nak ambik anak (harmonic) balik sekolah dan minta aku tolong bawa balik fullset item yang baru dibeli, manakala bro Jackie pula menghantar aku pulang ke base Taman Bukit Angkasa dan kita orang Tango-Tango sambil Jackie mencuba handy yang baru di beli. hehehehe.

Bro Jackie ingin cuba memancar di jaluran Tango Delta Mike, aku cuba menulis satu skrip yang perlu di ikut supaya bro Jackie tidak kekok ke udara. Dan walaupun kali pertama memancar...not bad...

Item Bro aSaMBoi yang aku bawa balik sempat ler aku ambil gambarnya...




Beli Handy dan DIY pasang Cable,Bracket dan Antena

Kali ni aku nak posting rakan EOCM yang sama macam aku juga, baru meminati hobi Radio komunikasi dua hala dan mendaftar dengan Jaluran TDM Total Communication And Services. Member pergi sendiri mendaftar dengan Pak Shukri selaku Pengerusi TDM di Port. Dickson.

Tak nak tunggu lama2 member aku ajak pergi temankan dia beli handy di Plaza LowYat. Nama Kedai Icam


Akuamy82 ni cadang nak cari yang serupa ngan model yang aku beli Quansheng TG-UV2 (dual band) dan alang dah membeli terus beli sekali ngan Antenna, Cable Dan Bracket untuk di pasangkan di Exora beliau.
Pergh..kalau dah minat ada belasah jerlah..
Keesokkan harinya pula terus DIY pasang cable,bracket dan antenna pada exora beliau..tak mau buang masa..maklum ler dah bayar lesen pendaftaran TDM dan barang pula dah ada...hehehe.






Sempat lagi tempek emblem Handling By Lotus yang di beli dari member EOCM juga - Bro jimon


Khamis, Jun 23, 2011

Tali Minyak / Cable Throttle LC135 PUTUS

Assalamualaikum.

Khamis - 23/06/2011 jam 8:40am, Aku merempit pulang dari tempat kerja Pusat Bandar Puchong melalui Lebuhraya NPE menghala ke Taman Bukit Angkasa. Sebelum menghampiri Pondok Tol tali minyak motor LC135 aku putus...adoiyaiii...nasib kurang baik pagi ni...apo nak buekkan. Nak menolak ke rumah mcm jauh sikit..jadi aku buat keputusan menolak ke arah bertentangan dan keluar dari lebuhraya masuk ke kawasan Pasir lama menghala ke Jalan Klang Lama (kalau tak salah aku ler...hehehe). Sebab setahu aku ada satu kedai motorsikal di kawasan berhampiran. Nasibler kedai motor tu dah buka. Fuh Legalah sikit.

Bila aku kata kabel minyak aku putus dan tanya pada tauke kedai ada stok tak? Lega lagi bila dia kata ada..yang kurang leganya bila dia kata ada masalah sikit, pomen dia dua2 belum masuk kerja lagi mungkin lambat sbb ada urusan lain..memandangkan aku dah malas nak menolak motor aku pun ambil keputusan menunggu sajalah pomen dia masuk kerja.

Akhirnya salah satu pomen kedai sampai pada jam 09:35am, terus tauke tu minta pasangkan cable throttle tu dengan kadar segera...tauke tu kata kalau dia pandai pasang dah lama di buatkan..di sebabkan LC135 agak sudah dan leceh sikit proses penukarannya tauke tu tak nak ambik risiko.

Boleh tahan jugak aku menunggu proses pemasangan oleh pomen tu dan akhirnya siap pada jam 10:25am..pergh lamanya menanti, tapi apakan daya aku lagi ler tak pandai...asalkan siap dan boleh merempit balik pun dah kira Alhamdulillah.

Kos-Barang +Upah pasang = RM45.00 ntah ler mahal ke murah atau berpatutan pun aku tak tahu...hehehe.

Selasa, Jun 14, 2011

Ulang Tahun Kelahiran (Puteri Kami)

                             
Sabtu - 11/06/2011 baru ni kami telah mengadakan satu jamuan kecil2an di rumah kami Taman Bukit Angkasa sempena menyambut ulang tahun kelahiran puteri kami Nur Arissa Husna yang genap usianya 2 tahun.Majlis bermula dari jam 13:00 - 20:00.

Syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada rakan yang sudi hadir mahu pun tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu.Terima kasih juga atas hadiah yang diberikan.

Maaf juga dari kami sekeluarga sekiranya layanan kurang memuaskan, maklum ler kunjungan tetamu tak putus-putus, alhamdulillah tiada pembasiran makanan.





Aku hanya menjemput yang mana ikut dan aje...kalau boleh memang nak jemput ramai lagi...tapi majlis hanya
sehingga pukul 8.00pm.

Terima kasih juga pada Ex-Supervisor EBB - Puchong Recovery Center - En. Nazrul sekeluarga yang sempat meluangkan masa. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang datang memeriahkan majlis. Ada rezeki lain kali buat lagi hehehehe.