Pada khamis 7/7/2011 sememang aku "off duty", aku nak pergi ke Lowyat dan Plaza Imbi nak ambil monitor yang aku hantar untuk baiki pada minggu lepas. Oleh kerana selepas ambil monitor dan kedai Radio Icam aku nak ke pejabat abang aku di Pandan Indah atas sebab nak mengambil kereta untuk di bawa pulang.
Jadi aku buat keputusan gunakan kenderaan pengangkutan awam dari base aku Taman Bukit Angkasa. Aku menaiki bas METRO - 46D sehingga ke Hentian Monorail di Brickfields dengan kadar tambang RM1.00 dan seterusnya dengan monorail aku ke Imbi (Bukit Bintang) dengan kadar tambang RM2.10. Dah lama tak naik sejak ada motor dan kereta..memang terasa seronok mana taknya aku tak payah nak memandu atau merempit rilek jer. (tak percaya cubalah hehehe).
Lebih menariknya aku lihat bas berikut mempunyai mobile RIG dan dibantu oleh Antenna Quaterwave, melihat pamandu bas yang bersahaja menggunakan untuk QSO bersama rakan bagi tujuan menghilangkan mengantuk oleh tuntutan tugasan yang mana perlu mengambil dam menurunkan penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi yang telah di tetapkan..mana taknya dengan keadaan jalan yang sesak dan cuaca panas memang ler mengantuk...
Aku sampai ke destinasi iaitu Imbi dan menyelesaikan segala urusan, sebelum tu aku dah call abang aku supaya ambil aku kat Plaza Imbi. Dari sana aku terus ke Pandan Indah untuk menghantar abang aku pergi cari kedai minum sambil berbual bersama rakan abang aku yang aku kenal juga turut serta makan di kedai tu..lama juga aku kat situ, maklum lah dah lama berpeluang berjumpa seperti ini di sebabkan semua sibuk dengan tugasan masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan