Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Sabtu, Februari 19, 2011

Tukar Grill H-Line ke B-Line

Projek seterusnya tukar grill h-line ke b-line (buat sendiri) D.I.Y, tapi aku follow posting rakan EOCM SR - K.E.
Aku beli grill tersebut dari Pusat Service Proton Edar Seksyen 13 P.Jaya berhampiran bulatan Rothmans.
harga sebenar Rm26.00 tetapi memandang aku ada daftar "DARING CARD" dan mendapat diskaun untuk item tertentu aku dapat beli grill tersebut dengan harga Rm21.20.


Bila aku punya masa lapang aku pun pasang grill kat pesawat nampak dari posting K.E tu macam mudah jer, hakikatnya pergh terkial-kial jugalah nak buka skru seperti gambarajah di bawah :-




K.E
EXORIAN
Hero Member
*
Posts: 1392





« Reply #21 on: November 14, 2010, 10:39:08 PM »
Reply with quoteQuote


salam...


tukar grill hi-line kpd base line....








1. Tanggalkan grill yg asal credit bro Greyarmy:-


cara membukanya :
a.   Buka skru (saiz 10) 2 batang kiri n kanan  tu...
b.   Buka klip plastik (warna hitam ) 4 batang..
c.   Tarik keluar sikit bahagian atas bumper tu.. dia lembut ja  
      tapi jangan kopak kuat2 sangat..takut kiat pulak..
d.   gunakan skrewdriver bunga(filip) yang paling pendek ..buka skru . 
      ada 10 batang...(yang ni rumit sikit..coz space dia terhad..

Kalau nak lebih mudah buka keseluruhan (skru) bumper hadapan, 
supaya lebih senang proses menanggalkan grill asal seperti gambar 
di atas. 

2. antara tools & parts yg digunakan dlm projek nih.....


3. lekatkan 'pedang/chrome garnish' pd grill base-line
gunakan screw 1inch. x 6 & washer/bracket tambahan..

4. grill base-line line yg siap dgn 'pedang/chrome garnish'.....


5. pasang balik grill base line kat bumper....pstu siap....
gunakan segala skill yg anda ada....be patient....jauhkan dari 
gangguan anak2 & isteri tercinta.... 

Yang ini pula gambar Exora aku sebelum pasang :-

Gambar Exora aku selepas tukar Grill B-Line :-

Terima kasih kepada :-

K.E EOCM-562 SR dan terima kasih kerana memberi 
keizinan kepada aku meletakkan posting beliau di blog aku ni.

Selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat :)
 atau 
Kalau susah nak buat hantar je mana2 kedai accessories... :)




Isnin, Februari 14, 2011

Lagi mengenai Dinar Emas dan Dirham Kelantan

Harga beli 1/2 dinar pada harga RM163.76. Pembelian tersebut pada 26/09/2006.

Dibawah sedikit gambar dinar emas.
Add caption

Add caption
Add caption

Ini pula gambar dirham
Add caption

Add caption

Perlu diingatkan disini harga dinar emas dan dirham dijual /beli mengikut harga pasaran semasa.
Untuk mengetahui harga pasaran semasa
Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/


Alternatif - :
Islamic Mint Sdn Bhd adalah salah sebuah institusi yang mengeluar 
dan mempromosikan dinar emas dan juga dirham. Laman web utama syarikat ini ialahhttp://www.islamicmint.com.my




Hampir 16jam balik ke Kuala Lumpur - selepas CNY (06-02-2011)

Pada 06-02-2011
Perjalanan aku dari Kota Bharu bermula jam 15:00 atas sebab2 tertentu melalui jalan Pasir Hor - Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Gombak - Kuala Lumpur.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa lebih kurang 7jam menjadi hampir 16jam (termasuk berhenti makan,solat dan buang apa yang patut).

Sangkut di jalan menghampiri lampu isyarat Kuala Krai kerana ada polis buat sekatan jalan, mengakibatkan jalan menjadi semakin sesak. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 45min dah jadi hampir 4jam. Lepas saja dari kawasan sekatan lalu lintas kembali lancar.

Jam 23:30pm aku dan keluarga berhenti di Petronas Felda Kerchau untuk mengisi, membuang apa yang patut, bersolat serta meregang-regangkan urat dan pinggang, hampir 1 jam berhenti. Kedengaran ramai orang yang mengeluh mengatakan lebuhraya Karak dari Bentung ke Tol Gombak lebih sesak dan hampir tidak bergerak.

Aku teruskan juga perjalanan perlahan - lahan sebab mengantuk dan berharap kesesakan jalan tadi akan lancar setibanya di tol Bentung / Karak nanti. Akan tetapi jangkaan dan pengiraan aku meleset apabila keaadan bertambah sesak di tol tersebut akibat dari banyak kenderaan yang memarkir kereta masing di kawasan sebelum dan selepas pondok tol yang mana menggunakkan dua lorong.




Memang pihak lebuhraya talah mengambil langkah penyelesaian dengan membuka satu lorong dari arah bertentangan...selepas bayar tol tapi aku tak berpeluang nak masuk akibat kesesakan yang amat.   

Aku tidak mau berhenti seperti yang lain, meneruskan perjalanan dan disebabkan ada urusan pada jam 8.00am aku meneruskan perjalanan, biar perlahan asalkan selamat sampai. Tapi kesesakan ni memang yang paling teruk sepanjang perjalanan aku selama ini. 

Setiba di satu kawasan aku lihat beberapa kenderaan kenari, kancil dan kereta mengikuti jalan yang mana rasanya ada orang dah cabutkan tiang pembahagi jalan, apa lagi aku tak mau terlepas peluang kali ni terus mengekori kenderaan yang lain dengan mengambil tindakan yang sama. Tetapi laluan hanya muat untuk kenderaan yang kecil....aduuuh...terpaksalah aku parking sekejap sebab dah tah tahu nak buat apa lagi.

Adalah sebiji pacuan empat roda (jip) cuba melalui jalan tersebut tetapi malang pula sebab tetiba bateri "KONG". pada masa tu aku dan sepupu aku cuba mengalihkan tiang pembahagi jalan dan berjaya membesarkan laluan....hihihihi. 

Selepas membantu menolak Jip tadi ke tepi agar tidak menghalang kenderaan lain melepasi laluan tersebut, (kat sini aku pelik dengan sikap segelintir manusia...sbb ketika aku melambai tangan agar membantu menolak jip tiada seorang pun yang ingin menghulurkan bantuan, biarpun mereka hendak menggunakan laluan tersebut.) 

Aku pula malas nak bertengkar tolak juga jip bersama sepupu dan owner jip tu...akhirnya berjaya...alhamdulillah aku kembali meneruskan perjalanan dan sememangnya jalan alternatif tu tidak sesak malah lebih lancar sehinggalah melepasi terowong Janda Baik barulah kembali ke laluan asal..dan yang peliknya tidak pula sesak...bermakna kesesakan tu hanya sebelum terowong.

Aku tiba di tol Gombak pada jam 05:40am dan selamat sampai di rumah pada jam 06:00am...sesungguhnya perjalanan kali ni terlalu lama bagi aku (nak buat macamana dah musim perayaan dan sebab yang tak boleh dielakkan...yang penting kami selamat sampai ke destinasi.

Sekadar berkongsi pengalaman aku.....      
  

Jemputan TT dari Penghulu Geng Kerabat EOCM (Bro Apai_79)

Pada 1/02/2011 jam 22.00 aku telah pergi ke TT Geng Kerabat yang bertempat di Qaseh Bistro, Seksyen 13 Shah Alam.


Jemputan dari Penghulu Jajahan Kerabat :-
Salam warga Geng Kerabat...insya-Allah mlm ni (1st Feb. 2011) akan diadakan TT@Qaseh Bistro, sec13 Shah Alam jam 9:00mlm....kita akan membincangkan design logo geng kerabat & aktiviti jajahan ini utk tahun ini...Sesiapa yg ada kelapangan sila lah hadir...TQ!


Alhamdulillah, seramai 24 exorianz & 23 pesawat yg hadir memeriahkan suasana TT tersebut.


  1. Apai_79      144  Penghulu Jajahan Kerabat
  2. robodin       527
  3. mizan          829
  4. zan botak    759
  5. rashidi         757
  6. zamsurvey   416
  7. mazrin803   714
  8. 5zal wts      750
  9. brader Z      388
  10. wari            732
  11. akuamy82   804
  12. exomar       043
  13. Andalas      494  President Eocm
  14. sani            282
  15. maarof        673
  16. pekanz       519
  17. mambang laut 496
  18. asnor endin 111
  19. rem80          792
  20. mdshaari    536
  21. pacoi          345
  22. ari79          077
  23. noh            217 VP2
  24. khairudin    788
Sedikit gambar yang sempat aku snap buat kenangan,








Di bawah gambar pesawat dan sessi melihat modifikasi rakan EOCM :-

 

Aku gerak awal dari TT tu sbb bertugas shift malam.

Sedikit info lokasi kejadian TT - Qaseh Bistro ni di adakan di Jalan Boling Padang  F 13/F


Berhampiran Tesco Extra Shah Alam dan ini bacaan kordinat TESCO Tesco Extra Shah Alam  

Papago

101°33'2.48"E
   3° 4'37.38"N

Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang mengherankan, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun puntung rokok yang masih berasap aku jumpa.. Akhirnya disebabkan kepenatan  berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak periksa dalam peti sejuk? Kalau kau periksa kat situ, pasti kita berdua masih hidup lagi.

kuang...kuang....kuang....hantu punya hantu...

Sumber di ambil dari koleksi simpanan kawan2 

Keistimewaan Bagi Pemegang Kad Mesra Petronas

Kepada pemegang Kad Mesra (untung juga ada kad mesra)




For a limited period only (14 January - 28 February 2011), Card Mesra members are entitled to special promotion of BUY 1, FREE 1 for every purchase of 2 tickets for PETROSAINS. Don’t forget to flash your Mesra Card.

For more info visit http://petrosains.com.my/ or call 03 23318181. Terms and Conditions apply.

Ticket Pricing (Normal Price)

Adult (18 years old & above) - RM12
Youth (13 - 17 yea rs old) - RM7
Children (5 - 12 years old) - RM4
Infant (0 - 4 years old) - FRE

 Sumber daripada email yang di terima. 

Sabtu, Februari 12, 2011

Dinar Emas dan Dirham Kelantan dicontohi

Kota Bharu:

Langkah kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar Emas dan Dirham bermula pada enam tahun lepas mendapat perhatian dan dituruti oleh kerajaan Perak. Kerajaan perak dilaporkan akan melancarkan Dinar dan Dirham pada hujung bulan Febuari 2011 ini dalam bentuk instrumen simpanan dan pelaburan.

Dalam krisis mata wang sekarang Dinar lebih penting di gunakan sebagai alat pertukaran berbanding perlaburan. Kerajaan negeri berusaha mencari jalan untuk menggunakan Dinar secara elektronik bagi memudahkan ianya digunakan di peringkat antarabangsa.

Dijangka kad elektronik Dinar dan Dirham akan diperkenalkan akhir tahun ini bagi memudahkan pemiliknya menggunakan kad tersebut walaupun di luar negara.


Sumber oleh : Salmah Mat Husain






Selasa, Februari 01, 2011

Berita Baik Buat Suami Di Selangor

selatanonline  

Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam.

sumber di atas dari email yang di forwardkan oleh kawan sekerja aku

Bodykit (AIR MASTER F01+S02+R01)


SETELAH DI PERKENANKAN OLEH OWNER PESAWAT AZHAR77@EOCM528CR

(YG SEBENARNYA OWNER ORDER F02+S02+R01, PERLU DI INGATKAN KAT SINI BUKAN SALAH N.J, ORDER DAH BETUL,TAPI KILANG SALAH BUAT PENGHANTARAN). 

WALAUBAGAIMANAPUN OWNER CUKUP BERPUAS HATI DAN BERKENAN KAT F01... Grin Grin Grin 


Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi


Pandangan Belakang

Sedikit Gambaran Ekzos
Pemasangan pada 14/10/2010 sama dengan aku...pasang di M-Style dengan bantuan saudara n.j

Rules Of Snooker

Snooker Rules
1. Aim of the game
Snooker is played with fifteen object balls that are not numbered and are solid red (called reds), six object balls of other colors that are not numbered (called colors in snooker) and a cue ball (called the white ball).
The aim of snooker is to pocket the balls legally according to the rules and to score a greater number of points than the opponent.
Point values for object balls: red-1, yellow-2, green-3, brown-4, blue-5, pink-6, black-7.
2. Opening break rules

  •       The game of Snooker begins with the cue ball in hand in the Half Circle (so the starting player can place the cue ball anywhere inside the Half Circle).
  •        The rules for the opening break are the same as when one of the players gets the right to strike.
3. Game Rules
A player who gets the right to strike has to hit one of the red ball first.
Each shot has to be completed in 60 seconds, otherwise a foul is called.
A strike, when the next legal object is a red ball, is legal when:

  •        The white ball is not potted.
  •        The white ball hits a red ball first.
  •        Only red balls are potted.
Otherwise the strike is a foul.
When the strike on the red ball is legal:

  •        If no red ball is potted then the opposing player is next.
  •        When a red ball is potted then the player gets as many points as the number of red balls he has potted. The striker's next legal object is a colored snooker ball (see next point rules).
A strike, when the next legal object is a color ball, is legal when:

  •        The white ball is not potted.
  •        If there are still red balls on the table then one of the colored balls is hit by the white ball first.
  •        If there are no more red balls on the table then the colored ball with the lowest points is hit first.
  •        Only the ball that was hit first by the white ball is be potted.
Otherwise the strike is a foul.
When the strike on the colored ball is legal:

  •        If no ball is potted then the opposing player is next.
  •        When a colored ball is potted then the player's points increase by the point value of the potted colored ball. The striker's next legal object is a red ball. If there are no more red balls on the table, the next legal object is the ball with the lowest points.
4. Snooker Fouls
If a hit is a foul then the other player gets penalty points:

  •        4 points if the white ball is potted.
  •        4 points if time limit is exceeded (60 seconds/shot)
  •        If the white hits the wrong ball first then the value of this ball.
  •        If the wrong ball is potted first then the value of this ball.
When a hit results in more fouls then the opposing player gets the points of foul with the highest value.
Penalty points have a minimal value of 4.
After committing a foul the incoming player may

  •        play the ball(s) as they lie
  •        request to pass the shot and let the offending player play the stroke again (without returning to the original position)
5. Game over rule
When the only ball left on the table is the black one and

  •        The black ball is potted by the next legal shot.
  •        The next hit is a foul.
Playoff: If the scores are equal after potting the last ball, the black ball is respotted and the player on plays again from the D. The first foul or pot ends the game.

Credit to : 
http://www.flyordie.com/permainan.html


layanzzzz