Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Sabtu, Januari 28, 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2011-2)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada yang bukan islam.


Salam kontek perdana kepada pengemar Radio Komunikasi Dua Hala dari aku, TDM E-MS.


Pada 25hb Januari 2012, keputusan yang aku nanti2 kan iaitu  Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011 (RAE 2011-2) boleh di buat di laman web SKMM.
Aku menerima panggilan dari Abg Asnor salah seorang rakan di dalam EOCM yang sama2 mengambil peperiksaan, dia mengatakan bahawa keputusan RAE telah keluar, mulanya aku tidak percaya, ingatkan dia sekadar ingin bergurau..maklumlah penantian itu satu penyeksaan org kata...hehehe.

Apa lagi.....
Terus aku klik pada link untuk ke laman web skmm https://sems.skmm.gov.my/ dan ingin memastikan kesahihannya, alhamdulillah benarlah  keputusannya yang aku LULUS. Rakan2 EOCM serta rakan radio komunikasi dua hala yang lain(satu malaysia) menantikan keputusan ini
Slip Keputusan Peperiksaan

Syukur. Alhamdulillah aku dah berjaya LULUS dalam RAE ini. Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan atau Otai di dalam EOCM yang memperkenalkan aku ke dunia Radio Komunikasi Dua Hala iaitu bro shogun 9W2MEY, 9W2DXN dan ramai lagi rakan. 

Permulaan aku dengan radio komersil yang di perkenalkan oleh satu rakan EOCM juga iaitu Anje pie aka marshall nakal(nickname) kepada jaluran TDM RADIO COMMUNICATION untuk aku jadi satu landasan supaya lebih mahir QSO dengan menggunakan (S.O.P) dan mempelajari banyak lagi sambil meramaikan rakan2 (sememangnya rakan senior di TDM terbaik dan memanglah rakan2 radio komunikasi dua hala ini tak kira PRADAS, SCS, SD dan mcm2 lagi bagi aku semua TERBAIK!). Lagi pun memasang antenna mobile serta membawa handy tanpa AA (Penguntukan Radas) adalah menjadi kesalahan yang boleh di kenakan denda oleh SKMM.

Selepas itu aku dan ramai rakan EOCM - Exora Owners Club Malaysia yang telah termakan racun dari rakan Otai Radio dan semakin ramai yang berminat dengan radio dua hala ini. Dengan itu semakin ramai lah yang bersemangat untuk mendapatkan AA Kelas B Radio Amatur dengan menduduki RAE yang di adakan 2 kali dalam setahun.

Ramai yang lulus dalam RAE 2011-1, kini aku mengikuti jejak langkah rakan2 ambil RAE 2011-2 dan hasilnya...LULUS. Aku muat turun rujukan soalan Sg. Petani dan banyak lagi nota untuk di jadikan rujukan aku. 

Aku dan beberapa rakan EOCM adakan study group di base(rumah) Abg asnor di klang, tidak cukup dengan itu kami beramai telah di pelawa oleh satu rakan otai iaitu Abg panah sakti untuk mengadakan study group di base beliau di AU Keramat..dalam masa itu juga kami telah dijemput untuk menghadirkan diri ke Seminar anjuran SKMM di SACC - Shah Alam Convention Center bagi Central Region. 

Rakan2 EOCM yang mengambil exam RAE-2 2011 di SACC (copy dari Forum EOCM)
1.  Panahsakti EOCM095
2.  Joe Puting Beliung EOCM370
3.  Reez EOCM947
4.  Mujib a.k.a Warden EOCM1035
5.  Raffie Eagle EOCM626
6.  Suhaimi_lah EOCM862
7.  Akuamy EOCM804
8.  Razal EOCM008
9.  Mambang Laut EOCM496
10.Cikgufaizol EOCM687
11.Budak 2kupang EOCM938
12.Apai_79 EOCM144
13.Ezodean EOCM611
14.Jackie EOCM1005
15.Rosly EOCM995
16.Ad_KLIA EOCM650
17.Asnor EOCM111
18.Raymie EOCM363
19.WanPJ EOCM1045
20.Nazaqil EOCM
21.Rem80 EOCM792
22.Brader Z EOCM
23.Assamboi EOCM798
24.Shest EOCM594
25.Mshaari EOCM536
26.Azz Mie EOCM1006
27.Sayutie EOCM544
28.Husin EOCM1112
29.Imran_wsw EOCM220

Ramai yang LULUS.. Aku juga mendapat tahu bahawa Geng EOCM dari Southern Region juga LULUS iaitu kechat, adha dan Thrill Titanium.

Di sini juga aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu aku yang 'ZERO' pasal hal radio yang juga pada mulanya aku tidak minat langsung, sehingga  aku LULUS dalam RAE. Tidak lupa juga kepada abg manbelon aka Rohaizi (9W2RNJ) yang telah sedikit sebanyak memberi tips2 juga galakan untuk aku mendapatkan apa yang aku mahukan...INSYAALLAH aku tak akan lupakan dari mana aku dapat semua ilmu ini.

Lepas ni bolehlah memikirkan callsign apa yang ingin di gunakan (dah ada dalam kotak pemikiran tapi tak tahu ler boleh ke tak dapat callsign yang aku inginkan..maklumlah bukan aku seorang yang LULUS RAE ni ramai lagi yang lain. 

Akhir kata kepada sesiapa sahaja yang LULUS...aku ucapkan TAHNIAH!, dan kepada sesiapa yang TIDAK jangan putus asa cuba lagi sehingga berjaya.


Sekian dulu untuk coretan kali ini. Terima kasih. (cheh...dah berapa lama aku tak menulis hehehe).Salam 73 chario...bye..bye. 


2 ulasan:

mdshaari berkata...

Alhamdulillah. Keputusan RAE 2012-1 kini boleh di semak kembali di link berikut :
https://sems.skmm.gov.my/ Server dah kembali ok

Tahniah! kepada yang LULUS. Kepada yang tidak, jangan berputus asa, cuba dan cuba lagi.

Sekian dari saya de 9W2ECS QRU 73.

mdshaari berkata...

PENGUMUMAN RAE 2012-2 telah di keluarkan untuk PENDAFTARAN

sila rujuk link berikut
http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/BM_RAE.pdf