Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Akhirnya surat keputusan kelulusan RAE yang rasmi dari SKMM dan yang di tunggu oleh semua rakan radio Amatur termasuk aku telah sampai ke peti surat pada hari ini. Ada juga rakan EOCM yang telah menerima surat ini semalam.
Walaupun surat yang aku terima ini terkoyak sampulnya depan/belakang serta seperti telah di buka, mungkin terkoyak semasa posmen menghantar surat atau mungkin ada pihak yang sengaja membuka...apa pun alhamdulillah surat yang ada di dalamnya tiada cacat dan celanya.
Semalam, tengahari aku dan seorang rakan EOCM akuamy pergi ke Pesuruhanjaya Sumpah berhampiran dengan tempat kerja akuamy iaitu di Bangunan Megan Avenue untuk mendapatkan COP bagi mengesahkan AKUAN BEKANUN MENGENAI KERAHSIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR. (Appendix C). Tandatangan mesti dilakukan di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah itu pun selepas di sahkan kad pengenalan aku.
Semalam juga selepas habis tugasan (bekerja shift petang), aku ke tempat lokasi TT (eyeball) dengan rakan EOCM yang mana LULUS dalam peperiksaan RAE sama seperti aku iaitu di Restoran Showru - Kelana Jaya untuk menyerahkan borang kepada cip Jajahan 3D - mad_peros bagi mendapatkan tandatangan 9M. (Appendix B).
Setelah segala proses diatas di selesaikan iaitu :
1- Menerima Surat Pengesahan Kelulusan yang rasmi dari SKMM.
2- Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penguntukan Radas Stesen Amatur
untuk muat turun borang permohonan pendaftaran klik sini
3- Mendapatkan tandatangan 9M (Amatur Kelas A) (Appendix B)
4- Mendapatkan COP Pengesahan dari Pesuruhanjaya Sumpah (Appendix C)
5- Bayaran Permohonan RM60.00 setiap kali permohonan + RM24 setahun.
***Tapi kebiasaannya ramai yang buat maksima iaitu RM24 x 5 tahun = RM120.00 jadi jumlah keseluruhan RM180.00.
Barulah boleh di teruskan untuk mendaftar atau memohon Penguntukan Radas Stesen Amatur (ASAA - Amateur Station Apparatus Assignment) Kelas B di Pejabat-pejabat Wilayah SKMM. klik Peta Lokasi SKMM Cyberjaya
Sekian dulu buat penulisan kali ini. Terima kasih kepada pengunjung blog ini. Assalamualikum dan Salam Sejahtera. 73 Chario bye bye.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan