Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Sabtu, Januari 29, 2011

TT berbola mata lokalan

Satu TT telah berlangsung seperti berikut :-


Hari : Jumaat
Tarikh : 28 Januari 2010
Jam : 9.00 pm sampai ngantuk.
Tempat : Warong Tasek Kelana Jaya



Terima kasih kepada exorian yang dapat menghadirkan diri ke majlis TT edisi bro mad_peros selaku penghulu jajahan Pantai Dalam/Bangsar/PJ/Damansara/Kelana Jaya/Sungai Buloh...alhamdulillah TT berjalan dengan lancar.

Antara yang hadir :- 

Prez. Andalas(bersama keluarga),Penghulu.mad_peros(bersama adiknya), abg razal(bawa barang rahsia), baragas, lehman(barang sarat dalam exoranya), lan corner, mizan, rem80, mdshaari, teng.



selepas futsal...serangan dari VP2 NOH, juragan@asrol(bersama anaknya), zant, mat jan, akujugak@syawal, ezad7604(bersama anak2nya)...





aku terlupa nama seorang lagi duduk di antara akujugaksyawal dan ezad7604...(minta maaf)...disusuli dengan kehadiran abg Man70(man lokap).



P/s terima kasih kepada Prez. Andalas yang telah membayar makanan dan minuman kami semua....minta halal dunia akhirat..

  tepat pukul 12 tgh mlm TT bersurai ....sementara saudara Lehman aka Shahrul IBM membuat penjualan bergeraknya....(sempat juga mat jan dan mad_peros membeli barang)


Warong Tasek Kelana Jaya  memang sesuai menjadi pangkalan TT bagi jajahan ni...pendapat aku ler ... Grin ...sbb kawasan parking dan makan yang luas. Kordinat : N - 3 05' 55.68" E - 101 35'42.95"



aku terima sms dari ni_juan82 on the way...yang tinggal hanyalah mad_peros(bersama adik
beliau),mdshaari,dan juga lehman...pergi ngeteh bersama dgn ni_juan82 



kat lain kedai di sbbkan warung tasek tu dah tutup so sessi ngeteh tu berlanjutan sehingga jam 2.40am...

(rupa2nya ni_juan82 dan mad_peros adalah rakan persekolahan - Sek. Men. Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka).


Rabu, Januari 26, 2011

Program TITIK SENTUHAN dari TV1

23/01/2011
Dapat sms dari azhar77@eocm528 tertulis tengokler TV1 sekarang.

Tengah syok layan intenet, terus tukar siaran TV1...rancangan pada masa tu TITIK SENTUHAN
yang mana menunjukkan kawasan tempat aku tinggal iaitu Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam.

Ianya program yang menunjukkan keluhan dan aduan penduduk kawasan ini tentang
sikap pemandu bas yang mengambil penumpang di tempat yang tidak sepatutnya dan
menyusahkan penduduk setempat yang ingin ke tempat kerja dan laluan menjadi sesak.

Paparan berikutnya mengenai aduan penduduk berkenaan masalah tempat meletakkan kenderaan..
terdapat segelintir penduduk dalam kawasan mahupun luar kawasan yang meletakkan
kenderaan secara berlapis dan ada juga yang menarik hand brake. Ada juga yang meletak
kon sebagai tanda tempat atau petak tersebut di miliki olehnya.

Lagi paparan dan keluhan penduduk tentang longkang yang tersumbat akibat daripada
segelintir penduduk yang membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perpaipan yang bocor
tanpa di baiki kerana kebanyakkan rumah telah di sewakan. Di khuatiri sekira di biarkan berterusan
boleh mengakibat tempat pembiakkan nyamuk dan kebarangkalian penduduk kena denggi adalah sangat tinggi.

Dan apa yang di umumkan oleh program ini ialah semua aduan diatas akan di bawa ke DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua yang di tulis diatas adalah dari sumber paparan Program TITIK SENTUHAN dari TV1

Ahad, Januari 09, 2011

VS - Voltage Stabilizer ( Stabil Voltage)


Hampir lupa sebelum aku melakukan proses pemasangan BK (bodykits),(tarikh pun tak ingat dah)

Aku dan azhar77 telah pergi ke Unimec Accessories kat Tmn. Equine Puchong berhampiran balai polis dan Jusco.

Aku telah memasang VS - jenis pivot raizin 21000uf pakej sekali dengan grounding cable(wayar warna merah)dengan rege pada masa tu RM170.Aku juga memasang bonet depan dengan sesuatu yang boleh mengurangkan bunyi enjin daripada masuk ke dalam kabin, ianya juga kalis air..(sebelum tu aku pasang  kat kedai Abang yang berharga rm55.00 tapi seperti tiada apa2 perubahan) - jadi pasang yang seperti dalam gambar baru hati rasa puas..hehehe. Aku juga minta Abg Zul (tauke kedai Unimec Accesories) pasangkan CF Sticker kat semua side door. ( total kemua item di atas ialah RM500.00).   



Gambaran Sebenar
Hasilnya memang ok ngauman enjin telah berkurangan dan lampu sedikit terang, manakala audio sound pula semakin best.

Sehinggalah aku terbaca posting dalam EOCM (Exora Owner Club Malaysia), berkenaan VS Kechat. Nilai 180K uf yang sememang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan eocm member dan testimoni yang menarik dari mereka yang telah menggunakan VS Kechat ni.
VS KECHAT 180K uf
Apalagi menabung nak membeli sambil aku rekomenkan / promote kepada rakan-rakan...seperti adamsulaiman4868 , aim_seman, sazli nordin, rem80 dan beberapa orang lagi...
Barang baik dan after sales service yang bagus mestilah menjadi keutamaan kita sebagai pembeli atau pengguna....berbaloi-baloi. Jadi tak salahlah kalau aku ingin berkongsi atau puji VS Kechat ni. :)

Dah memang rezeki aku, dengan izin allah aku telah memenagi cabutan bertuah semasa di YEG 2010 EOCM di Summerset Resort, Rompin Pahang. Yang mana hanya 3 VS telah di bawa oleh bang Din. Aku adalah salah seorang di antara mereka yang dapat percuma VS Kechat.

Kedudukan VS yang sesuai bagi Exora
Apalagi terus pasang pada keesokan hari oleh abg din dan aku mencuba VS Kechat semasa balik ke rumah mertua aku di K. Terengganu...pergh mmg menarik dan syok...aku sedikit sebanyak hilang cara pemanduan secara berhemah...asyik nak merembat jer....mana taknya pedal minyak terasa smooth dan pickup semasa di lampu isyarat bertukar kepada HIJAU.

Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan VS Kechat di blog ABM @ http://myjimon.blogspot.com/2010/07/vs-kechat-for-exora.html

Sabtu, Januari 08, 2011

GRILL CHROME (FRONT)

Pada 16/12/2010

Alang2 balik ke kampung halaman, dan dah tertarik dengan posting eocm member K.E dari SR.
Aku pun pergi ke Best City Accessories , Cheng MELAKA.


sebelum


dah ukur grill tp tak boleh masuk kat BK Air Master pada awalnya...
apalagi modified skit (potong tu skill staff Best City Acc - Cheng)


Pemasangan


Hasilnya... (gambar ni aku ambil di LCCT)


Dan ianya di


Sempat lagi pasang Plate frame penuh.. Grin Grin Grin





Tukar selipar ke kasut sukan (SPORT RIM)


Pada 3/12/2010.

Projek seterusnya ialah memberikan kasut sukan kepada Exoraku, setelah hampir 2 bulan menggunakan selipar yang mana getahnya dah semakin haus / nak habis.

Dah kesuntukan masa sbb esoknya nak berlepas ke YEG 2010 EOCM kat Summerset Resort, Rompin PAHANG. Jadi tak boleh nak ushar banyak tempat...

Pasang seperti dalam gambar sebab hati dah pun berkenan.



Info tempat dan harga boleh llhat di posting yang sebelum ni...

Headlamp Smoked

Pada 19/10/2010

Buat smoked pada lampu depan sbb sering mengalami lampu berwap selepas hantar cuci kat kedai abang macha...

Terbaca kat blog aku budak melaka pasal smoked ni...terus berkenan nak buat.





Alhamdulillah sampai ke hari ni masalah berwap tu sudah tiada...katakan tidak pada wap air...hihihi

Alamat dan harga boleh lihat pada posting sebelum ni.

Mengenakan skirt labuh pada Exoraku (PASANG BODYKITS)


14/10/2010

BK AIR MASTER F01+S02+R01

Sebelum pasang BK ...tokeh tu kata kereta kena basuh dulu sbb nnt 3 hari tak boleh basuh (dalam pantang selepas pasang BK) hihihihi, apa lagi mandi...
Pesawat aku sebelum pasang BK
Gambaran Produk yang akan transform pesawat aku
Dari produk itu, terhasillah Embarrassed


Dan semua tu adalah dengan bantuan daripada N.J tolong dealkan dengan

TERIMA KASIH N.J, aku amatlah berpuas hati..... Cool Cool


Oleh kerana BK belakang tu jenis R01 (tak ada space untuk muncung ekzos) - kenalah buat
Cool Cool Cool

Isnin, Januari 03, 2011

Alamat dan Info harga bagi EOCM club member

14/10/2010
M-Style
Jalan 7/7A, Seksyen 7
43650 Bangi

  • BK Air Master Type F01+S02+R01 - RM1400.00 credit to juga ahli EOCM saudara n.j tolong dealkan
  • Muncung ekzos a/karat - RM 175.00 sebaris ngan area M-Style
kedua-duanya buat bersama "azhar77"

19/10/2010
KKP Auto Service
6, Jalan Pinggiran USj,
UEP Subang Jaya,
HP : 016-2652203

  • Smoked headlamps - RM80.00
Tension lampu depan asyik berwap lepas basuh.
Ramai EOCM member buat kat situ. Bro zamsurvey,jimon,ezad7604 dan ramai lagi


credit to juga ahli EOCM merangakap sifu GPS dan terbaca posting di blognya "Aku Budak Melaka".

3/12/2010
LEN SHENG TYRE & AUTO
No.1-G, Jalan 5/7
Bandar Puteri
47100 Puchong
03-80628896

S/Rim + Tayar + Nut + Alignnment + Balancing + Trade In

  • Rim 17 Taiwan Brand New - RM1650.00
  • Falken ziex 522 215/17/45 x4 - RM1200.00 yang ni terasa mahal....lah
  • Nut - RM 50.00 mintak ngan tokeh bagi free Grin
  • Trade in rim asal - RM 650.00 milage 27000km dan tayar makan sebelah
Total = RM2200.00

Tukar sbb tayar dah makan sebelah, bahaya nak pergi YEG
dah suntuk sbb kerja OT ganti member so tak dan usha lain tempat Grin

16/12/2010
Best City Auto Acc
G-7, Jalan Perdana 1/1A,
Taman Desa Cheng Perdana
75250 Melaka
06-3123279 / HP :0127163279

  • Proton Exora A/Metal Grill - RM 150.00 rege siap pasang/modified supaya ngam dgn BK Air Master
  • MC5 no. plate + full frame - RM 30.00 fit to exora rear size
Dah alang2 balik kampung halaman Grin

Credit to K.E EOCM SR di sebabkan posting dari dialah, aku berkenan.


SEKADAR BERKONGSI INFO TEMPAT DAN HARGA...SEKIAN. TERIMA KASIH

Mpv - Exora Aku





Berapa keuntungan yang aku perolehi dari  agen :p

  • dapat baucar "tinted" sebanyak rm400.00 (tapi aku tak pasang tinted sebaliknya aku pasang filem       keselamatan (security film)+duit sendiri dalam rm180.  
  • rm120.00 untuk Smart Tag Device tapi aku tak beli pun sbb dah ada masa guna kereta waja sebelum ni mmg dah ada.
  • rm50.00  untuk minyak petrol.
  • Stering locked. 
Kesimpulannya aku cukup berpuas hati dengan apa yang aku perolehi semasa membeli Exora ni.

Waja pula alhamdulillah selepas tiga hari loan dengan bank telah dibuat penyelesaian penuh oleh agen yang sama yang mana dia rekomenkan satu used car yang bagus pada aku.

Sekarang ni aku cukup puas hati, :)  exora  memang berbaloi.