Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Jumaat, Mac 25, 2011

Persiapan nak pergi Team Building di Ancasa Resort Port Dickson

Assalamulaikum.

Hari ini 25/03/2011, aku dan syarikat aku bekerja akan mengikuti satu program Team Building di Ancasa Resort, Port Dickson. Pendaftaran akan dilakukan pada jam 18:30pm.





Sepatutnya aku berkerja shift pagi bersama rakan sekerja dan rakan sebilik di sana nanti, tetapi aku mengambil keputusan untuk bercuti dan membuat persiapan.Jadi pagi ni aku nak pergi membeli barang keperluan yang perlu di bawa kesana petang ni hehehe, maklumlah kebelakangan tak dapat nak pergi beli sebab repair PC customer (alhamdulillah ada job masuk)..rezeki jangan tolak musuh jangan di cari. :)

Aku memilih pergi dengan pesawat sendiri daripada menaiki bas yang di sediakan oleh pihak syarikat.


   

Rabu, Mac 23, 2011

Printer HP Deskjet 2050 dan Seagate Free Agent GoFlex external HDD

Assalamualaikum.

Semalam sebelum aku pergi PWTC - kerana ada jemputan dari satu Syarikat Survey pada jam 4.00pm dan kena berada di lokasi pada jam 3.30pm.

Aku pergi ke Plaza Imbi / Low Yatt untuk membeli Printer 3 dalam 1 atas permintaan pakcik aku yang menetap di Pekan Jeram, Selangor. Kebetulan rakan sekerja aku meminta pertolongan membeli external HDD brand seagate 500GB.

HDD Seagate GoFlex - 500GB
 







Printer pula aku beli jenis :-





Printer jenis atau model ini - boleh print black sekiranya catridge colour habis.






please press and hold Ctrl + klik link dibawah


Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID



please press and hold Ctrl + klik link dibawah
Ctrl + klik  ----> berminat reka signature anda sendiri

Selasa, Mac 22, 2011

Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!


Assalamualaikum.


Adakah anda sudah membaca blog pos di Says.my mengenai Pontianak yang merayau-rayau di Kuala Lumpur dengan mesej 'Biar Betul' ?Akhirnya identiti ia sudah didedahkan! Sebenarnya ia adalah sebuah kempen dari Harian Metro untuk menjadi tajuk utama orang ramai! Kini Harian Metro memberi peluang kepada anda untuk menjadi tajuk utama di kulit depan akhbar. Cubalah FB app ini dan jadi berita sensasi untuk satu hari! 

Isnin, Mac 21, 2011

Ganti Part di P. Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Servis Proton Edar - Seksyen 13 Petaling Jaya, kerana ingin memeriksa "belting" "air cond dan power stering"  ni mengeluarkan bunyi yang amat kurang enak di dengar oleh aku. Boleh dikatakan setiap kali aku nak panaskan enjin dalam keadaaan "air cond on atau tidak" bunyi ni ada sehinggalah enjin dah panas baru bunyi akan hilang.

Sebelum ni aku pernah komplen kepada Pusat Servis akan hal tersebut, penyelesaiannya mereka telah "lubricate" dahulu dan memberitahu aku agar menggunakan dahulu tengok macamna, sekiranya masalah berulang atau menjadi lebih teruk, datang semula untuk proses penukaran "belt" (tidak termasuk dalam jaminan).

Aku tak buat temujanji pun, terus pergi jer, setibanya di P. Servis Proton Edar baru jer park exora aku terlihat sebuah exora yang mana aku kenal pemiliknya (bro ezad7604 @ EOCM 218).Dia nak buat servis km15000 +/- (maklumlah kereta jarang di gunakan) dan dia nak buat (replacement kunci spare yang hilang).

Service Advisor (SA - Aishah), telah memanggil nama aku pada jam 8.10am dan setelah aku memaklumkan segalanya pada SA. Aku dan bro Ezad pergi minum di warung berdekatan berbual-bual bersama dua lagi rakan beliau, lama dah tak ngeteh dengan bro Ezad ni...:),

Pada jam 10.20am aku telah di hubungi oleh pusat servis memaklumkan kereta dah boleh ambil (salah satu sebab aku suka datang servis kat sini sebab khidmat servisnya yang cepat dan kualiti kerja yang bagus).
SA - Aishah menerangkan apa yang telah dilakukan kepada exora aku.

  • PW811826 - ASSY TENSIONER ACC DRIVE - ganti baru (warranty claim)
  • PW811496 - BELT ACCESSORIES DRIVE - tukar baru (bayaran dikenakan) RM70.00 +/-

Aku dikenakan bayaran sebanyak RM59.10 (selepas diskaun daring card) bagi semua proses yang dilakukan. Aku memang puas hati.

P/s -   Semakin lama semakin bagus kemudahan yang di adakan di pusat servis ini, siap ada awek datang tanya, encik mahu apa-apa minuman tak ? dia tolong sediakan dan hidang...







Sabtu, Mac 19, 2011

Basuh Exora + Penggunaan WCW + Sarung Tangan Microfibre = Hasilnya.

Assalamualaikum.

Aku ingin berkongsi di sini yang mana boleh dikatakan sambungan dari posting yang lalu, dimana aku telah membeli satu produk dari owner ABM - Waterless Car Wash (WCW).

Ketika berada di Kota Bahru , Kelantan (rumah abang ipar aku), sebelum aku mengikuti rombongan menghantar pengantin lelaki, aku telah menghantar exora aku dan sepupu isteri aku yang memandu grand livina ke satu car wash (nama kedai AQIL SNOW WASH).Walaupun kedai tepi jalan jer, aku puji cara pekerja kedai tu mencuci dengan teliti bukan cincai.


Setelah exora aku siap di cuci aku balik ke rumah abang ipar aku dan mempunyai banyak lagi masa aku terus ambil peluang menggunakan (WCW) + Sarung Tangan Microfibre yang aku beli di salah sebuah pasaraya.



Memang berbaloi menggunakan WCW ni...memang berkilat exora aku, macam kereta baru tu.

Apa kata korang cuba dulu tak ruginya...




Khamis, Mac 17, 2011

IE9 arrives, but not for XP


Microsoft has taken the training wheels off of Internet Explorer 9, debuting a full-featured browser that has proven to be the fastest, most standards-compliant IE version yet. There's a catch, though: IE 9's not for Windows XP. You'll need Windows 7 or Vista if you want this browser.
And if you're a Microsoft Outlook user prone to rash e-mailing, you might want to check out ToneCheck from Lymbix. This e-mail sentiment analysis app monitors your e-mail's composing window for potential errors of tone, just as spell-check scans for errors of spelling or grammar.
Finally, for the Firefox fans, it looks like Mozilla has buttoned up Firefox 4; the features are locked, and barring the discovery of any major bugs, this version is likely to become the browser's official release. Release Candidate 1is available for download now.


 Read more

Isnin, Mac 14, 2011

EOCM TT - Istimewa Ikan Bakar di PIBT, Umbai Melaka.




Assalamualaikum.

Pada tarikh 12/03/2011 berlangsung satu TT - Istimewa Ikan Bakar di
Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka yang telah di kelolakan
oleh EOCM SR.

Lebih kurang  47 ahli EOCM dan keluarga (ada juga yang datang solo).

EOCM SOUTHERN REGION

GENG LENDAT MELAKA












Menu yang akan disediakan:

• Siakap bakar
• Cencaru bakar cili
• Sotong goreng tepung
• Kailan ikan masin
• Kupang sweet sour
• Dessert
• Limau ais + sky juice

Hadiah Cabutan Bertuah -:
• 1 VS Kechat (hadiah utama)
• 7 bungkus hamper
• 5 keping baucar Tinted
• 5 unit Waterless Car Wash

Perjalanan
Kali ini aku tidak menyertai mana konvoi,kerana aku nak balik ke kampung
halaman dahulu. Aku memulakan perjalan dariTaman Bukit Angkasa pada jam
11:45am melalui Plaza Tol Sg. Besi dan exit tol Nilai,sebab nak ambil adik ipar.

Aku tersangkut dalam kesesakkan lebuhraya nasib baik ler dah dekat exit tol Nilai.
Sementara menanti adik ipar, aku sempat menempek sticker LENDAT dan
mengambil gambar buat simpanan. Hehehe.

Untuk mengelakkan terlibat dengna kesesakkan di lebuhraya PLUS, aku ambil
keputusan ikut Leburaya LEKAS dan exit kat Seremban/Kuala Pilah. Dari situ
aku ikut jalan lama melalui Rembau-Chengkau-Kota-Kendong – Taboh Naning
dan Simpang Empat ( balik kampung halaman jumpa mak , nenek dan sedara
mara sambil hantar barang. )

Aku kembali memulakan perjalanan ke PIBT melalui Lebuh AMJ, di sebabkan rasa
lapar yang amat, aku berhenti di Nasi Kandar Pinang Besar di Cheng Melaka,
berhampiran Best City Auto Acc. sempat lagi tanya harga nak pasang langsir kat exora.

Memandangkan masih terlalu awal dan mempunyai banyak lagi masa, aku singgah





kejap kat Pam Minyak Petronas Balai Panjang untuk rehat, tidur dan juga menukar
baju.  
      
Alhamdulillah. Aku dan seisi keluarga aku selamat sampai ke lokasi pada jam
18:30 tepat.

Ketibaan.
Kesemua exorian dan ahli keluarga sampai tepat pada masa yang di jadualkan
 

Cip LENDAT
Pendaftaran

Sesi pendaftaran bermula bagi mengesahkan kehadiran dan mendapatkan nombor cabutan bertuah. Meriahnya...hehehe.
K.E bertanggungjawab keatas PENDAFTARAN
Nombor yang sama masa di YEG Rompin :)

Setelah selesai sesi pendaftaran. kami semua bergerak memilih meja masing-masing. 
Dan makanan sudah mula di hidangkan.Sesi cabutan bertuah sambil makan-makan.
Dihiburkan jugak dengan bakat-bakat karaoke. pergh menarik...
Tambahan menu sendiri bayar Ketam masak Blackpepper
Cabutan bertuah dimenang oleh ahli yang bertuah pada malam tu...hehehe..aku tak ada rezeki huhuhu.
Pemenang Baucar Tinted
salah seorang Pemenang  Hamper
Bro Lutfi tersenyum memenagi grand prize VS KECHAT
yang bernilai RM250 sekiranya bukan ahli EOCM

Aku memang berpuas hati dengan majlis TT yang di anjurkan oleh pihak GLM dan semua exorian yang hadir pada malam tu sporting ....SEMPOI HABIS. Majlis bersurai jam 22:30 dan aku terus balik KL..manakala yang lain ada yang sambung TT larut malam di satu lagi tempat dalam jajahan GLM.