Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Selasa, September 24, 2013

Utusan Malaysia Terima Kasih menulis EOCM - Exora Owners' Club Motorsport.

Alhamdulillah selepas EVENT Himpunan 1Exora 1Keluarga 1Malaysia
yang mana telah berjaya mencatatkan rekod di dalam
MBOR - The Malaysia Book Of Records - 15hb September 2013.

Satu perjumpaan sesi temuramah dan photoshot telah berlangsung,
terlebih dahulu admin mewakili KELAB PEMILIK EXORA MOTORSPORT
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wartawan Akhbar Utusan Malaysia,
iaitu saudara Fitri Affendi Mustafa kerana berminat dan sudi menulis
mengenai Kelab Bermotor Exora dan
EOCM - Exora Owners' Club Motorsport menjadi pilihan beliau.

Tarikh Perjumpaan kami telah di tetapkan pada 16hb September 2013
dan bertempat di Taman Tasik Titiwangsa (Pilihan Penulis).
Sumber - Utusan Melayu Digital Online

Sumber - Utusan Melayu Digital Online
Admin cuba translate Muka Surat 2 -
KELAB AUTOMOBIL MENGERATKAN SILATURAHIM
Kuala Lumpur - Ketika ini sudah banyak kelab automobil di tubuhkan di Malaysia
yang bermatlamatkan untuk mengumpulkan pemilik2 sesuatu jenama kenderaan 
di seluruh negara.

Antaranya seperti Kelab Kereta Kancil, Kelab Kereta Proton Persona, Kelab Proton Exora
serta Kelab Motosikal besar yang di tubuhkan untuk mengumpul pemilik2 kenderaan itu 
supaya mereka dapat berkongsi bersama pengalaman masing2.

Sejak kebelakangan ini, kelab2 tersebut semakin di minati, malah menjadi hobi 
kepada peminat2 automobil di seluruh negara.

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, kelab automobil tersebut 
juga mampu memupuk budaya bersedekah dan beramal kepada ahli2 mereka.

Minat yang tinggi dalam kelab automobil dapat dilihat melalui 
Kelab Pemilik Exora Motorsport yang menerima keahlian yang tinggi dari 
seluruh negara sejak ia di tubuhkan pada 2009.

Sehingga hari ini, kelab tersebut telah menarik penyertaan seramai 700 ahli.

Bukan sahaja di negara ini tetapi juga ahli dari Singapura dan Thailand.
walaupun timbul persaingan yang mengaitkan kelab bermotor seperti ini boleh 
menyebabkan pembaziran kerana mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi tetapi ia 
bukan penghalang untuk menarik minat orang ramai menyertai kelab tersebut.

Menurut Naib Pengerusi 2, kelab pemilik exora motorsport, Mohd Sani Husin
konsep kelab tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli2 dengan
mengadakan aktiviti bersama keluarga.

"Melalui kelab ini, kita dapat mengenali rakan2 baru dari seluruh negara dan 
keahlian kelab ini terdiri daripada pelbagai kaum sesuai dengan prinsip 1Malaysia,"    
katanya ketika di temui di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru2 ini.

Mohd Sani memberitahu, setiap sebulan, kelab itu mengadakan konvoi 
beramai-ramai antara ahli untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.

"Jika ia melibatkan program kembara yang besar, kita memerlukan persediaan dan 
perancangan yang rapi, Bagaimanapun, ahli2 juga sering mengadakan kembara secara kecil2an
di peringkat bahagian," jelasnya.

tambahnya, kelebihan kelab ini ialah selain megadakan aktiviti kembara, ahli2 
juga dapat berkongsi pengalaman mengunakan kereta proton exora.

"Selain dapat mengeratkan silaturahim, ahli2 juga dapat berkongsi pengalaman mereka ketika 
membeli aksesori kereta atau semasa mengalami masalah kerosakan pada kereta.
"Mereka akan dapat mengetahui dimana pusat servis yang mudah dan baik supaya ahli2 
lain dapat pergi ke pusat servis itu," katanya.
Tambahnya, pada masa akan datang kelab tersebut merancang untuk melantik pusat servis panel 
yang akan berkongsi sebagai kedai panel untuk kemudahan ahli2 agar mereka dapat alat aksesori 
dan servis dengan harga yang murah dan berpatutan.

"Kita bercadang memiliki satu atau dua pusat servis panel di setiap negeri. Buat masa ini, kita sedang 
meneliti beberapa pusat servis yang didapati mampu menawarkan harga dan perkhidmatan baik kepada ahli,"katanya.
Sementara itu, setiusaha kelab tersebut, berkata, kelebihan menyertai kelab bermotor ialah ahli2nya 
dapat menjana pendapatan seperti membuat pelekat kenderaan, bunting(banner) dan sebagainya 
untuk kelab.

Ahli2 dapat keuntungan dengan menyertai kelab ini apabila mereka dapat peluang perniagaan. malah terdapat juga ahli2 yang berniaga kedai makan juga dapat mempromosikan perniagaan mereka melalui 
kelab ini.

"Memang kadang2 memenatkan tetapi ia amat menyeronokkan apabila ahli2 dapat 
berkongsi pengalaman bersama ahli lain,"
Ahli jawatankuasa kelab tersebut, Asnor Endin pula berkata, di setiap negeri, 
yang mana mereka akan menguruskan aktiviti sendiri.

"Setiap tahun kita akan menganjurkan program tahunan seperti konvoi beramai-ramai, 
program awal tahun kelab, majlis berbuka puasa dan jamuan akhir tahun," jelasnya.
Sumber - Utusan Melayu Digital Online
Admin cuba translate PAGE 3

TIDAK TIMBUL SOAL PEMBAZIRAN
Kuala Lumpur - Aktiviti kembara atau konvoi merupakan kegiatan utama yang di jalankan 
oleh setiap kelab Automobil.

Bagaimanapun, timbul persepsi negatif daripada segelintir masyarakat yang mengaitkan 
kelab bermotor dengan masalah pembaziran di sebabkan ahli2 kelab tersebut perlu mengeluarkan 
perbelanjaan yang agak tinggi untuk menyertai sebarang aktiviti kembara.

Rata2 ahli Kelab Pemilik Exora Motorsport tidak bersetuju dengan tangapan tersebut kerana perkara itu bergantung kepada keupayaan kewangan masing2.

Menurut Penolong Setiusaha Kelab berkenaan, Mohd Fauzi Ramli, perkara itu bergantung kepada keupayaan kewangan masing2 dan apabila mereka mampu, mereka boleh meyertai aktiviti tersebut.

"Saya rasa ia bukan satu masalah. Tujuan utama menyertai kelab ini ialah mahu bersosial dengan 
orang ramai menggunakan platform kelab ini.

"Kita mahu mengenali rakan2 baru melalui aktiviti2 yang di anjurkan dalam kelab ini," katanya 
ketika di temui baru2 ini. Tambahnya, setakat ini sudah ramai rakan baru yang dikenali termasuk
mereka yang menetap di negeri-negeri lain.

Kelebihan, jika kita pergi ke negeri-negeri lain, kita ada rakan di sana.Tidak kira kita pergi 
ke mana saja pun kita akan ada kawan untuk di hubungi, jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi gabungan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
kelab tersebut, Mohd Fariz Abd. Kadir berkata, perbelanjaan bukan merupakan
satu masalah jika kita berminat dangan aktiviti2 kembara seperti ini.

Katanya,salah satu sebab utama orang ramai menyertai kelab seperti ini 
adalah untuk berkongsi hobi mengenali dunia permotoran bersama-sama 
ahli2 kelab.

Semua aktiviti yang dijalakan bersifat kekeluargaan kerana kita boleh 
mengeratkan hubungan silaturahim dan kenal antara ahli2.

"Selain melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama ahli2 kelab, 
kita juga dapat memberikan sumbangan amal kepada golongan anak2 yatim 
dan orang tua," jelasnya.

Fariz menambah, aktiviti kembara kelab tersebut juga secara tidak langsung 
dapat membentuk disiplin memandu dalam kalangan ahli2 kelab.

"Apabila kita mengembara, kita juga dapat mendidik mereka untuk sentiasa 
mengikut peraturan jalan raya ketika memandu," katanya.  
      
Admin cuba translate Yang dalam Kotak
Untuk Kelab Pemilik Exora Motorsport
 > di tubuhkan pada 2009
 > pada 2013 Kelab Pemilik Exora Motorsport
    secara rasmi di daftarkan di Pesuruhanjaya Sukan 
    di Bawah Kementerian Belia dan Sukan. 
 > Mempunyai 700 ahli seluruh negara
 > Yuran Keahlian sebanyak RM30 Se-umur hidup dan 
    RM40 untuk mendapatkan pelekat kenderaan, baju dan sebagainya.
 > Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah kembara ke rumah ahli, 
    anak2 yatim dan orang tua,jamuan akhir tahun, 
    jamuan bulan puasa dan hari raya 
 > Pernah mengadakan kembara ke Pulau Pinang dan Hatyai, Thailand
 > Kelab tersebut juga pernah mencatit/ catatkan rekod dalam 
    Malaysia Book Of Record apabila berjaya menganjurkan himpunan
    Pemilik Kereta Exora teramai di Litar International Sepang, Kuala Lumpur 
    pada pertengahan September lalu ( admin tambah skit 15hb September 2013 )
Sumber - Utusan Melayu Digital Online
Terima kasih di ucapkan juga kepada AMT EOCMotorsport dan
juga ahli yang datang memberikan pelbagai sokongan serta kerjasama
bagi menjayakan sesi temuramah. Sesuai dengan slogan kelab "Proud Together"







     
Admin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada En. Fitri Affendi Mustafa
dan Crew juga terima kasih ... UTUSAN MELAYU / UTUSAN MALAYSIA.
untuk muat turun badge installer / Application or Utusan Gadget
klik link berikut : http://desktop.mirado1.info/Utusan/

Unik - rasanya keluaran terbitan Utusan Melayu Jawi Digital Online

Akhir kata : Majulah Kelab Sukan Permotoran dan Kelab Pemilik Exora Motorsport.
Admin bangga menjadi ahli EOCMotorsport. "Proud Together"



Di bawah E-mail yang di terima pada tanggal 9/09/2013:
Salam En Shaari..Saya Fitri Affendi Mustafa dari akhbar Utusan Malaysia.

Saya nak tanya, En Shaari dari Exora Owner Club Motorsport? 
Saya berminat untuk menulis mengenai kelab Bermotor Exora. 
Bagaimana saya boleh menghubungi pihak tuan.

Segala perhatian saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Rabu, September 18, 2013

Proton Exora - The Malaysia Book Of Records


Alhamdulillah. Program anjuran Exora Owners' Club Motorsport iaitu 1Exora 1Keluarga 1Malaysia yang mana menghimpunkan Proton Exora Satu Malaysia di Sepang International Circuit telah berjalan lancar dengan jayanya sekaligus berjaya mencatat sejarah pengiktarafan dari MBOR - Malaysia Book  Of Records. Tarikh 15hb September 2013 bersamaan Ahad.

Seronok rasanya apabila dapat beramah mesra bersama pemilik exora yang datang dari Timur, Barat, Utara, Selatan yang memberikan sokongan tanpa mengira berkelab atau tidak berkelab, asalkan mempunyai exora. ANDA semua EXORIAN's memang terbaik.





Terima kasih di ucapkan kepada crew yang bertugas di lokasi event, SIC - Sepang International Circuit, Penganjur (EOCM - Exora Owners' Club Motorsport) yang berdaftar di bawah PJS - Persuruhanjaya Sukan bawah naungan KBS - Kementerian Belia dan Sukan, pihak media dan kepada semua pemilik exora yang melibatkan diri dalam menjayakan himpunan ini.

Mana taknya ada yang datang 2 hari sebelum event....'you all are the best and you have my respect'.
Admin juga bangga menjadi salah seorang pemilik exora dan ahli eocmotorsport.









mzmedianet.blogspot.com - SIC EVENT

Rabu, Ogos 21, 2013

EVENT : 1EXORA 1KELUARGA 1 MALAYSIA

Berita BAIK kepada PEMILIK PROTON EXORA

ANDA SEMUA DI JEMPUT UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN 
EVENT : 1EXORA 1KELUARGA 1 MALAYSIA 
TARIKH: 15 SEPTEMBER 2013
LOKASI : SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

MARI KITA PENUHKAN LITAR SEPANG DENGAN PROTON EXORA.
MARI KITA CIPTA SEJARAH GEMILANG BERSAMA.

Klik link berikut untuk MAKLUMAT EVENT
https://www.facebook.com/events/590542797665315/

Satu program iaitu Himpunan 1Exora 1Keluarga 1Malaysia
akan berlangsung pada 15 September 2013 anjuran
EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM) dengan kerjasama
Sepang International Circuit dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Manakala sekretariatnya oleh Ganazzz Region Community iaitu
salah satu jajahan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SL/WP).

Program tersebut adalah bertujuan menghimpunkan seberapa banyak 
yang mungkin Proton Exora untuk mencatat rekod 
Malaysia Book Of Record (MBOR) yang julung-julung kali diadakan 
dalam mengiktirafkan sebuah kenderaan MPV buatan Malaysia sepenuhnya.

Penyertaan adalah terbuka kepada pemilik-pemilik Proton Exora
diseluruh negara dengan bayaran pendaftaran awal hanya RM30/Exora.

1- Peserta akan mendapat sijil penyertaan, t-shirt, 
   pelekat kereta dan pas penyertaan.
2- Cenderahati.
3- Masuk percuma di SIC Main Grandstand ke Malaysia Super Siries.
4- Terdapat gerai-gerai untuk dikunjungi.
5- Setiap RM1 akan akan disumbangkan ke Rumah Jagaan Otrang Tua Al Ikhlas.

Tentatif Program:
09.30am - Ketibaan peserta dan pendaftaran
11.00 - Himpunan Proton Exora Terbesar Malaysia
12.00 - Sesi penilaian MBOR
- Sesi suaikenal
- Sesi fotografi

Borang pendaftaran boleh dimuatturun di:
http://www48.zippyshare.com/v/39207204/file.html

Bayaran pendaftaran penyertaan boleh dibayar atas akaun:
CIMB - 124200026056 - Exora Owners' Club Motorsport

Jawatankuasa Pendaftaran:
* Encik Imran Effendi bin Taufik Effandi
- 0193149240

* Puan Aidatul Marina bt Abdul Ghani
- 0193457910

* Mohd Fariz bin Abd Kadir
- 0126202179

** RM40 untuk penyertaan 'Drive-in'
** Sila hubungi Jawatankuasa Pendaftaran jika pembayaran telah dibuat untuk pengesahan atau sebarang pertanyaan


www.eocmotorsport.com


Sepang International Circuit
Jalan Pekeliling, 64000 KLIA Sepang, Malaysia
View Map · Get Directions
https://t0.ssl.ak.tiles.virtualearth.net/tiles/r132232200101300?g=1506&mkt=en-us&lbl=l1&stl=fb&shading=hill&n=z&key=AkF0mEyG789RQA6CcLimWZMzrDNF6MNSwRJOmNWb9gK_JGiwOBeMoQUoY1MFqksg

JOM! JOM! JOM! Kita pakat meriahkan EVENT.

Sekian dari Admin :
Taman Bukit Angkasa
Ahli Eocmotorsport

Ahad, Mei 05, 2013

JOM MENGUNDI - JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung BLOG ini,
dan penduduk Taman Bukit Angkasa atau lebih tepat lagi buat semua
Penduduk Lembah Pantai yang mana terlibat dengan

P121 - Lembah Pantai - jom UNDI
MASA : 08.00 PAGI - 05.00 PTG

Semakan Daftar Pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - KLIK SINI

Maklumat Calon Pilihanraya P121 - Lembah Pantai -sumber di petik dari
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=PilihanRaya2013&pg=keputusan/WilayahPersekutuan_P121.htm


Pengundi: 72,396 Pecahan Kaum: M:54.56% C:27.04% I:18.21% L:0.26% 
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
BN
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
PKR
Rusli Baba
Bebas




Berikut info kawasan tempat mengundi :