Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Khamis, Julai 19, 2012

Lagi TT 3D @ PJCC

Assalamualaikum.
Lambat dapat masukkan ke blog QRL dengan bermacam-macam urusan.

Bagi pihak jajahan 3D dibawah EOCM Central Region dan mewakili tok penghulu abam mad_peros,
kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prez. Andalas dan Isterinya, rakan2 lama serta rakan2 yang baru di atas kesudian dan berjaya menghadirkan diri ke TT yang telah berlangsung di Lokasi : Asam Pedas Opah dari jam : 9:00pm - jam 1:00+/- pd tarikh 28/06/2012.

Senarai rakan2 yang hadir :
    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar bahagian dalam kedai Asam Pedas Opah

Ampun dan maaf di pinta sekiranya, ada terkasar bahasa, tersalah gurauan semasa berTT.

Sekian. 73.



Ahad, Jun 24, 2012

TT EOCM @ Jajahan 3D - Central Region

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ambo.

Bagi pihak jajahan 3D dibawah EOCM Central Region dan mewakili tok penghulu abam mad_peros,kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kepada rakan2 yang berjaya menghadirkan diri ke TT yang telah berlangsung pada mlm 19/06/2012. Lokasi : Asam Pedas Opah dari jam : 9:00pm - jam 1:00++.

Antara rakan2 yang hadir :
1 – akuamy82                   EOCM 804
2 – 9w2sni                        EOCM 282
3 - mdshaari                      EOCM 536
4 - yuri8177(shaari)          EOCM 972
5 - Azhar77                       EOCM 528
6 - Brader z dan keluarga EOCM 388
7 - Naim                             EOCM 259
8 - Zan lampu                    EOCM 758
9 - Jackie                           EOCM1005
10- Mat Jan                       EOCM 315
11- Baragas                      EOCM 113

Alhamdulillah TT berjalan dgn lancar dan terima kasih di ucapkan kepada Abang shaari(yusri8177) aka EOCM972 yang telah sponser durian, (mmg sedap durian tu), juga tidak lupa kepada bro Jackie aka EOCM1005 yang belanja minuman.

Gambar2 yang sempat di ambil oleh bang shaari(nickname yusri8177 aka EOCM972)

Gambar dari henpon ambo
gambar perjumapaan pada siangnya sebelum TT hehehe




Ampun dan maaf bagi pihak abam mad_peros yang tidak dapat hadir, disbbkan last minutes ada meeting dengan BOS.Kepada yang tidak dapat hadir mungkin tak ada rezeki bersalaman di daratan hehehe. (lain kali boleh set lagi).

Isnin, Jun 11, 2012

Genaplah 3 tahun umur anakku - Ca Unna


Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga terkhabar sihat dan di permudahkan segala urusan...mudah-mudahan..AMIN.

Pada tarikh 10hb Jun 2012, maka genaplah 3 tahun usia anak kami Nur Arissa Husna (ca unna). 
                                                           
Di sebabkan aku dan isteriku QRL dengan tugasan dan aku tak dapat bercuti (ganti rakan sekerja ), aku dan isteri aku mengambil keputusan  untuk menyambut secara kecil-kecilan (aku, isteri dan auntie norhawadah sahaja). Nanti rancang tarikh lain dalam masa terdekat ni. Asalkan anak(harmonik) aku suka cukup ler daripada tidak hehehe. Kek pula telah di sponsor oleh auntie iatu adik ipar aku (terima kasih cik NO) yang mana dia pun adalah anak kelahiran bulan JUN, kira raikan serentak lah ni dan sedikit makanan dari KFC (harmonik aku panggil ayam atok hehehe).
Selamat Hari Jadi Arissa dan Cik Norhawadah 
Ini lah Cik NO yang kelahiran juga pada bulan JUN
Tak sabar nak potong KEK
Cik NO , Isteri ku dan Arissa Husna
Alhamdulillah, walaupun kecil2an terasa suasana meraikan harijadi anak kami dan mak ciknya Cik Norhawadah. Yang penting anak aku tersangat ler suka..(aku tanya kakak sekarang berapa tahun umur..jawapnya kakak dah besar abah 3 tahun..I. B. U. >maknanya I Love U hehehe).

Aku cuba upload video tp internet lambat sangat uploading video, maklum ler daftar package yang murah hehehe.(mungkin lain kali).

Sekian Terima kasih.