Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Rabu, Februari 15, 2012

ASAA - Callsign atau Isyarat Panggilan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, juga salam kontek perdana dari 9W2ECS.

13/02/2012 aku telah pergi ke SKMM Cyberjaya bersama abg aSaMBoi aka 9W2VAS untuk mendaftar ASAA. Pada awalnya aku pergi SKMM untuk mendaftar isyarat panggilan 9W2GMS, tetapi telah pun di daftarkan oleh orang lain, kemudian aku dah confirm nak ambil isyarat panggilan 9W2XPD iaitu pilihan yang kedua (pegawai SKMM tu kata esok bersamaan 14/02/2012 baru boleh siap).

Aku balik sambil memikirkan isyarat panggilan yang keempat iaitu 9W2ECS dan berkenan pula, jadi aku telah mengambil keputusan pergi  ke SKMM pada esoknya atas urusan nak tukar isyarat panggilan sebelum permohonan aku yang semalam di luluskan. Alhamdulillah permohonan tukar dari 9W2XPD ke 9W2ECS telah diterima oleh pegawai SKMM.

Pada petangnya aku ada urusan menukar MYKAD kepada yang baru di Putrajaya (sengaja aku pergi buat pertukaran MYKAD kat sana sbb dekat ngan SKMM Cyberjaya) supaya senang nak pergi ambil kad kuasa ASAA yang telah siap di proses.Tapi malangnya di JPN Putrajaya ramainya orang sbb aku dapat nombor giliran yang ke 0567 (ramainya org). Nasibler  rakan EOCM Jackie aka TDM E-J aka yang pergi membuat pendaftaran ASAA di SKMM Cyberjaya pada tengahari 14/02/2012..apa lagi minta tolong Jackie tolong ambil kad kuasa aku yang dah siap di samping 2 lagi AA rakan iaitu 9W2LMJ dan 9W2AVZ yang meminta aku tolong ambilkan sekali kad kuasa mereka.Oh ya Jackie juga telah secara rasminya mendapatkan callsign 9W2EJC.

Dengan itu secara rasminya aku telah berjaya mendaftar ASAA  dengan isyarat panggilan 9W2ECS.

ASAA STANDARD LAMINATION
Sekian dulu penulisan kali ini..akhir kata Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...jumpa dan jumpa lagi, 73. 

                                           

Khamis, Februari 09, 2012

Surat Pengesahan Kelulusan RAE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya surat keputusan kelulusan RAE yang rasmi dari SKMM dan yang di tunggu oleh semua rakan radio Amatur termasuk aku telah sampai ke peti surat pada hari ini. Ada juga rakan EOCM yang telah menerima surat ini semalam.



Walaupun surat yang aku terima ini terkoyak sampulnya depan/belakang serta seperti telah di buka, mungkin terkoyak semasa posmen menghantar surat atau mungkin ada pihak yang sengaja membuka...apa pun alhamdulillah surat yang ada di dalamnya tiada cacat dan celanya.

Semalam, tengahari aku dan seorang rakan EOCM akuamy pergi ke Pesuruhanjaya Sumpah berhampiran dengan tempat kerja akuamy iaitu di Bangunan Megan Avenue  untuk mendapatkan COP bagi mengesahkan AKUAN BEKANUN MENGENAI KERAHSIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR. (Appendix C). Tandatangan mesti dilakukan di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah itu pun selepas di sahkan kad pengenalan aku.


Semalam juga selepas habis tugasan (bekerja shift petang), aku ke tempat lokasi TT (eyeball) dengan rakan EOCM yang mana LULUS dalam peperiksaan RAE sama seperti aku iaitu di Restoran Showru - Kelana Jaya untuk menyerahkan borang kepada cip Jajahan 3D - mad_peros bagi mendapatkan tandatangan 9M. (Appendix B).


Setelah segala proses diatas di selesaikan iaitu :
1- Menerima Surat Pengesahan Kelulusan yang rasmi dari SKMM.
2- Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penguntukan Radas Stesen Amatur
     untuk muat turun borang permohonan pendaftaran klik sini
3- Mendapatkan tandatangan 9M (Amatur Kelas A) (Appendix B)
4- Mendapatkan COP Pengesahan dari Pesuruhanjaya Sumpah (Appendix C)
5- Bayaran Permohonan RM60.00 setiap kali permohonan + RM24 setahun.

***Tapi kebiasaannya ramai yang buat maksima iaitu RM24 x 5 tahun = RM120.00 jadi jumlah keseluruhan RM180.00.

Barulah boleh di teruskan untuk mendaftar atau memohon Penguntukan Radas Stesen Amatur (ASAA - Amateur Station Apparatus Assignment) Kelas B di Pejabat-pejabat Wilayah SKMM. klik Peta Lokasi SKMM Cyberjaya

Sekian dulu buat penulisan kali ini. Terima kasih kepada pengunjung blog ini. Assalamualikum dan Salam Sejahtera. 73 Chario bye bye.

Sabtu, Januari 28, 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2011-2)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada yang bukan islam.


Salam kontek perdana kepada pengemar Radio Komunikasi Dua Hala dari aku, TDM E-MS.


Pada 25hb Januari 2012, keputusan yang aku nanti2 kan iaitu  Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011 (RAE 2011-2) boleh di buat di laman web SKMM.
Aku menerima panggilan dari Abg Asnor salah seorang rakan di dalam EOCM yang sama2 mengambil peperiksaan, dia mengatakan bahawa keputusan RAE telah keluar, mulanya aku tidak percaya, ingatkan dia sekadar ingin bergurau..maklumlah penantian itu satu penyeksaan org kata...hehehe.

Apa lagi.....
Terus aku klik pada link untuk ke laman web skmm https://sems.skmm.gov.my/ dan ingin memastikan kesahihannya, alhamdulillah benarlah  keputusannya yang aku LULUS. Rakan2 EOCM serta rakan radio komunikasi dua hala yang lain(satu malaysia) menantikan keputusan ini
Slip Keputusan Peperiksaan

Syukur. Alhamdulillah aku dah berjaya LULUS dalam RAE ini. Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan atau Otai di dalam EOCM yang memperkenalkan aku ke dunia Radio Komunikasi Dua Hala iaitu bro shogun 9W2MEY, 9W2DXN dan ramai lagi rakan. 

Permulaan aku dengan radio komersil yang di perkenalkan oleh satu rakan EOCM juga iaitu Anje pie aka marshall nakal(nickname) kepada jaluran TDM RADIO COMMUNICATION untuk aku jadi satu landasan supaya lebih mahir QSO dengan menggunakan (S.O.P) dan mempelajari banyak lagi sambil meramaikan rakan2 (sememangnya rakan senior di TDM terbaik dan memanglah rakan2 radio komunikasi dua hala ini tak kira PRADAS, SCS, SD dan mcm2 lagi bagi aku semua TERBAIK!). Lagi pun memasang antenna mobile serta membawa handy tanpa AA (Penguntukan Radas) adalah menjadi kesalahan yang boleh di kenakan denda oleh SKMM.

Selepas itu aku dan ramai rakan EOCM - Exora Owners Club Malaysia yang telah termakan racun dari rakan Otai Radio dan semakin ramai yang berminat dengan radio dua hala ini. Dengan itu semakin ramai lah yang bersemangat untuk mendapatkan AA Kelas B Radio Amatur dengan menduduki RAE yang di adakan 2 kali dalam setahun.

Ramai yang lulus dalam RAE 2011-1, kini aku mengikuti jejak langkah rakan2 ambil RAE 2011-2 dan hasilnya...LULUS. Aku muat turun rujukan soalan Sg. Petani dan banyak lagi nota untuk di jadikan rujukan aku. 

Aku dan beberapa rakan EOCM adakan study group di base(rumah) Abg asnor di klang, tidak cukup dengan itu kami beramai telah di pelawa oleh satu rakan otai iaitu Abg panah sakti untuk mengadakan study group di base beliau di AU Keramat..dalam masa itu juga kami telah dijemput untuk menghadirkan diri ke Seminar anjuran SKMM di SACC - Shah Alam Convention Center bagi Central Region. 

Rakan2 EOCM yang mengambil exam RAE-2 2011 di SACC (copy dari Forum EOCM)
1.  Panahsakti EOCM095
2.  Joe Puting Beliung EOCM370
3.  Reez EOCM947
4.  Mujib a.k.a Warden EOCM1035
5.  Raffie Eagle EOCM626
6.  Suhaimi_lah EOCM862
7.  Akuamy EOCM804
8.  Razal EOCM008
9.  Mambang Laut EOCM496
10.Cikgufaizol EOCM687
11.Budak 2kupang EOCM938
12.Apai_79 EOCM144
13.Ezodean EOCM611
14.Jackie EOCM1005
15.Rosly EOCM995
16.Ad_KLIA EOCM650
17.Asnor EOCM111
18.Raymie EOCM363
19.WanPJ EOCM1045
20.Nazaqil EOCM
21.Rem80 EOCM792
22.Brader Z EOCM
23.Assamboi EOCM798
24.Shest EOCM594
25.Mshaari EOCM536
26.Azz Mie EOCM1006
27.Sayutie EOCM544
28.Husin EOCM1112
29.Imran_wsw EOCM220

Ramai yang LULUS.. Aku juga mendapat tahu bahawa Geng EOCM dari Southern Region juga LULUS iaitu kechat, adha dan Thrill Titanium.

Di sini juga aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu aku yang 'ZERO' pasal hal radio yang juga pada mulanya aku tidak minat langsung, sehingga  aku LULUS dalam RAE. Tidak lupa juga kepada abg manbelon aka Rohaizi (9W2RNJ) yang telah sedikit sebanyak memberi tips2 juga galakan untuk aku mendapatkan apa yang aku mahukan...INSYAALLAH aku tak akan lupakan dari mana aku dapat semua ilmu ini.

Lepas ni bolehlah memikirkan callsign apa yang ingin di gunakan (dah ada dalam kotak pemikiran tapi tak tahu ler boleh ke tak dapat callsign yang aku inginkan..maklumlah bukan aku seorang yang LULUS RAE ni ramai lagi yang lain. 

Akhir kata kepada sesiapa sahaja yang LULUS...aku ucapkan TAHNIAH!, dan kepada sesiapa yang TIDAK jangan putus asa cuba lagi sehingga berjaya.


Sekian dulu untuk coretan kali ini. Terima kasih. (cheh...dah berapa lama aku tak menulis hehehe).Salam 73 chario...bye..bye. 


Isnin, Januari 02, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum.

Izinkan saya selaku admin Blog Taman Bukit Angkasa - MSH (mzmedianet.blogspot.com) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakan2 BLOGGER tak di kira dimana pun, walaupun hari ini dah masuk 2 Januari 2012 dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannnya.

Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada pertanyaan atau terkasar dalam penulisan saya antara sedar atau tidak. Dan lama jugak saya tidak kemaskinikan blog saya ini, di sebabkan jadual harian yang agak terhad sekarang ini. Walau apapun saya ingin berterima kasih kepada rakan blogger yang masih sudi melawat blog saya, insyaallah saya akan curi2 peluang menulis kembali sekiranya ada info terbaru mahu pun yang lama..(kenangan).

Sekian sahaja penulisan saya buat kali ini..

Salam Tahun Baru 2012, Salam 1 Malaysia dan Salam 73 buat pengemar radio dua hala.

Semoga tahun 2012 lebih baik pencapaian dari tahun sebelumnya.

Khamis, Oktober 06, 2011

Rakan HAM Jom Download Borang Permohonan RAE 2011-2


Borang Permohonan RAE 2011

Versi Melayu

English Version



RADIO AMATEUR EXAMINATION (RAE 2011-2)
Peperiksaan Radio Amatur (RAE), No. Siri RAE 2011-2.

Tarikh Peperiksaan: 15-Dec-2011, 
Hari Peperiksaan  : Khamis       
Masa / Jam        : 2:00PM

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Okt 2011 Pukul 5:00 Ptg.


Ingin mengetahui lebih banyak info berkaitan SKMM / MCMC sila klik link berikut http://www.skmm.gov.my

Sabtu, September 10, 2011

Jersi Malaysia (TRAINING)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada yang bukan beragama islam.

Ada pulak jersi yang aku rasa agak baru...ye ler pasal baru lihat hehehe (jersi skuad bola sepak Malaysia buat training yang baru).







Setelah aku emailkan kepada rakan2 seperti bro jimon, maslan dan azhar, alhamdulillah ada respon yang baik kebanyakan suka jersi warna hitam. Terima kasih kepada bro jimon yang dah promote dan backlink mzmedianet.blogspot di blognya http://www.myjimon.blogspot.com

Antara tempahan dari rakan2....terima kasih to you all.
Jersi Malaysia Training 

HITAM

S – 1
M – 1
L – 2
XL – 2

KUNING/ PUTIH
L -1
M-1

Dan jersi Malaysia kuning / hitam
S-1





Isnin, Ogos 29, 2011

UCAPAN UCAPAN SELAMAT

Disini ingin aku mengambil kesempatan mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN 
kepada semua blogger dan mana2 rakan yang mengenali diri ini. Sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan dari aku yang boleh menyinggung kalian semua antara sedar atau tidak, AMPUN DAN MAAF aku pinta. 
Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 
Semoga Ramadhan kali ini membuat kita lebih kuat dari segi keimananan
HATI NURANI juga JASMANI.

Semoga RAYA tahun ini lebih bermakna dan meninggalkan kenangan yang indah buat diri kita semua...AMIN.

MARILAH KITA MENYAMBUNG AMALAN DENGAN BERPUASA 6


Tidak lupa juga aku ingin mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 TAHUN 
buat semua rakyat MALAYSIA...


SALAM HARI RAYA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Iklas dari kami sekeluarga 
Md Shaari, Siti Natrah dan Nur Arissa Husna

TERIMA KASIH KEPADA
 http://testi.iluvislam.com/
yang membenarkan gambar2 di atas di salin dan di paparkan di blog
Taman Bukit Angkasa

Jumaat, Ogos 26, 2011

Kempen Keselamatan Jalan Raya

Sekadar ingin berkongsi info kesedaran keselamatan jalan raya, hargailah nyawa anda dan ingatlah orang tersayang :-


Semua gambar diatas telah di ambil dari link berikut untuk di kongsikan bersama :
http://www.jkjr.gov.my/portal/index.php/ms/muat-turun/poster-kempen

Selasa, Ogos 23, 2011

Majlis Berbuka dan Penyerahan Kuasa Majlis Tertinggi EOCM 2011/2012

Alhamdulillah. Majlis Berbuka dan Majlis Penyerahan Kuasa Presiden 2010/2011 (Andalas) kepada Bakal Presiden dan Majlis Tertinggi EOCM 2011/2012 yang ditentukan oleh undian ahli telah pun berlansung dengan lancarnya dengan izin Allah S.W.T, Pemberian cenderahati aka pengiktirafan kepada AJK 2010/2011 yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan apa jua aktiviti2 EOCM.                                                                                                                                     
Dalam masa yang sama, acara Penyerahan Sijil dari PROTON kepada peserta yang mengikuti konvoi HARI BELIA yang berlangsung di Putrajaya tempoh hari. 

Acara cabutan bertuah juga telah di adakan. 
Tarikh    :    20/8/2011 
Tempat  :   Dining Hall,Cyberjaya University College Of Medical sciences (CUCMS),
                          No.3410,Jln Teknokrat 3,Cyber 4,63000 cyberjaya. (Pertukaran Tempat Baru )
Masa     :      5.30pm


Kordinat lokasi Cyberjaya University College Of Medical Sciences (CUCMS),
E101 39 18.4 N2 55 46.1

Exorian bersama ahli keluarga yang hadir
1 . Noh - dewasa (3) /kanak kanak (2) (bawah umur 6thn /kanak kanak (1) atas 7thn
2 . imran_wsw - dewasa (2) /kanak kanak (1) atas 6thn
3 . NJ (EOCM480) - dewasa (3)/kanak kanak (2)/Bwh 4th (1)
4 . Razal - Dewasa (5) /kanak kanak (1)
5 . omarojek(EOCM583)-dewasa(2),kanak-kanak(2) & kanak-kanak bawah 4 thn(1)
6 . kamalita EOCM 352 - DEWASA (3), KANAK-KANAK ATAS 4 TAHUN (1), KANAL-KANAK BWH 4 TAHUN (2)
7 . Reezal Ray - dewasa (2) / kanak kanak (2) (bawah umur 6thn)
8 . Izzi - dewasa (2) /kanak kanak (1) bawah umur 6thn /kanak kanak (2) atas 7thn
9 . pekanz -dewasa (2)
10 . akuamy82 (EOCM804) - dewasa(2) / kanak2 (1) atas 4thn / bawah 3thn (2)
11 . akujugak EOCM 431- (2 ) org dewasa / (2) org kanak2 bwh umur
12 . Ari - Dewasa (2) / kanak kanak (2)
13 . zulkiflee - dewasa (2) /kanak kanak (2) (bawah umur 6thn /kanak kanak (1) cukup 6thn
14 . LIN TAN (EOCM 542) - 3 DEWASA / kanak kanak (1) atas 6 thn/ kanak kanak (1) 4thn
15 . Reez - 2 Dewasa / 2kanak-kanak (4 thn - 1 , 6 thn -1)
16 . Fakhrul [aSaMboi - EOCM 798] - Dewasa (2) / kanak-kanak (2) [ 5 thn - 1, ]8 thn - 1)
17 . Sayutie EOCM 544 - 4 dewasa / 1 kanak-kanak
18 . robodin (EOCM527) - dewasa (2) /kanak kanak (1)/Bwh 4th (2)
19 . Fadt - 3 dewasa / 2 kanak - kanak
20 . rahim-2 (dewasa) / 1(kanak-kanak bawah 6 tahun)
21 . ezad7604 - 2 dewasa / 2 kanak2 ( 2 - 3 tahun ) / 3 kanak2 (10 - 13 tahun )
22 . EOCM-829 (MiEzan) 2 dewasa 1 (12 tahun) 2 (bawah 3 tahun)
23 . shahrul1navy aka SRK (EOCM 864) - dewasa (2)/kanak kanak (2)/Bwh 4th (1)
24 . shogun - dewasa (2) / kanak kanak (2) atas umur 6 thn / kanak kanak 2 bawah 6 thn
25 . ady/bob @ suhardy sapar- 2 dewasa / 1 kanak (4bln)
26 . asnor endin - Dewasa 3 / kanak-kanak 2 , (10 & 9)
27 . apai_79(EOCM144) - 1 dewasa /1 kanak kanak bwh 6 thn
28 . zam9345 - 2 dewasa / 3 kanak2 bwh 6thn
29 . hadyz eocm993 - 1 dewasa / 1 kanak bawah 12 thn
30 . nuarz79 (EOCM783) - dewasa(4) / kanak2 (1) atas 4thn / bawah 3thn (1)
31 . lan corner - 2 dewasa / 1 kanak-kanak (umur 4 thn)
32 . kerol - 2 dewasa / 2 kanak-kanak atas 6 thn / 3 anak2 bwh 6thn
33 . Ali Exo..2 dewasa / 2 kanak-kanak(4 thn & 2 thn)
34 . khemeq (EOCM 031) - dewasa (3) /kanak kanak (4)/Bwh 4th (1)
35 . nazaqil (EOCM 470) - Dewasa (3) /kanak kanak ( 0 ) atas 6thn/Bwh 4thn ( 1 )
36 . omarisa (EOCM568) - Dewasa (2) /kanak kanak ( 1 ) atas 6thn/Bwh 4thn ( 2 )
37 . Taza Wazza (EOCM1035) - dewasa (2) / kanak kanak (2) atas 6thn
38 . Cikgu Mie - Dewasa (4) / Kanak-kanak (2) atas 6 tahun
39 . zul 707 - Dewasa (3) / Kanak-kanak (2)atas 6 thn / bawah 6 thn (1)
40 . Uso8 (EOCM588) - Dewasa (2)
41 . AD_KLIA (EOCM650) - DEWASA (3) /KANAK2 - (2) atas 6thn
42 . rem80(EOCM-792) - Dewasa (2) / kanak (1)
43 . zulBKU (EOCM 718- Dewasa (2) / Kanak kanak (1) ats 6 thn / Bwh 4 thn (1)
44 . Suhaimi_Lah (EOCM 862) - dewasa (3)/kanak kanak (2) atas 6thn/Bwh 4thn (1)
45 . matlan (EOCM577) - Dewasa (1)
46 . Andalas ( EOCM 494 ) - Dewasa (2)
47 . yenzlost (EOCM 236) - dewasa (2) /kanak kanak (3) Ats 6 Thn (1) /Bwh 4th (2)
48 . zan botak aka lampu - dewasa (1)
49 . raymie (EOCM 363) - dewasa (2) / kanak kanak (2) atas 6thn / Bwh 4thn (1)
50 . ezodean (EOCM 611) - dewasa (2) / kanak kanak (3) atas 6thn / Bwh 4thn (1)
51 . angah (EOCM 143) - Dewasa 2 / Bwh 4thn
52 . Bobo@yazli (EOCM246) - Dewasa (2) / Kanak2 Bwh 4thn (1)
53 . hussin ibrahim (starter kit dlm proses) - dewasa (2) /kanak-kanak (2) atas 6thn
54 . TOY (EOCM 662)- dewasa (2) /kanak kanak (2) /Bawah 3t (1).
55 . Bard (EOCM 070) - dewasa (2)/kanak kanak (2) atas 4thn(1) /Bwh 3thn (1)
56 . muzz7447 (EOCM 298) - dewasa (2) , kanak-kanak 5thn (1)
57 . Ezed12 (EOCM 651) - dewasa (2)
58 . ZIZIE (EOCM 912) - 2 dewasa
59 . mdshaari (EOCM 536) - 1 dewasa
60 . Mzaini@4434 - 3 Dewasa /2 kanak-kanak atas 4 thn dan 1 Kanak-kanak bawah 4 thn
61 . H1SHAM (EOCM 212) - 2 dewasa / 1 kanak kanak 4 thn
62 . din - dewasa(2) /kanak-kanak(1) 5 tahun / kanak kanak (1) 2 tahun
63 . JURAGAN™ EOCM 080 /dewasa(1)
64 . EJ838CR (EOCM 838) - dewasa (2) kanak kanak (2) Bwh 3thn (1)
65 . Neezat eocm 790 2 dewasa , kanak-kanak 4 tahun 1, bawah 1 tahun 1
66 . adamazry (EOCM-1061) dewasa (2)
67 . Rosli (EOCM 979) (2) Dewasa (3) kanak2
68 . joe.zul9225 (EOCM970) Dewasa(2) Kanak² atas 4 thn(1) bwh 4 thn (1)
69 . Zul Panjey (EOCM645)-dewasa(1)
70 . shahizan@mafraqi (eocm 280) - dewasa(1)
71 . jackie - dewasa (1)
72 . joeajaib - dewasa (1)
73 . Ikmal (EOCM-620) - dewasa (2); kanak kanak (2) atas 4thn
74 . kifliaz (EOCM 911) aka GLR-Nemo - Dewasa (2)
75 . adik - dewasa 2 / kanak kanak 1 (baby))

Atucara majlis 
5.30 pm : ketibaan Exorian
6.00 pm : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis - Pasangan Murza dan Asnor
6.05 pm : Bacaan Doa pembukaan majlis - Saudara Reymie
6.10 pm : Ucapan mantan Presiden EOCM 2009/2010, Tuan presiden EOCM Andalas
6.15 pm : Ucapan Penasihat EOCM, Exocula dan pengumuman presiden baru EOCM 2011/2012
6.25 pm : Ucapan Presiden baru EOCM 2011/2012
6.35 pm : "Breaking the ice" dan suaikenal sesama Exorian
7.00 pm : Sesi bergambar
7.05 pm : Menyerbu makanan
7.20 pm : Bacaan Doa berbuka puasa - Saudara Reymie

Antara barisan AJK 2011/2012 EOCM
Majlis turut di serikan dengan kehadiran tetamu khas di atas permintaan rakan2 EOCM. Terima kasih di ucapkan kepada AA kerana sudi hadir juga terima kasih kepada warga EOCM - taza waza yang berjaya memujuk AA hadir ke majlis.
Majlis pada malam itu memang mendapat sambutan yang amat meriah dan ahli keluarga juga memang sempoi.

Banyak lagi koleksi gambar, tak larat nak copy dari dari forum EOCM hasil dari penembak2 camera yang cekap.


Selepas majlis bersurai, ada yang pulang kerumah, ada yang menikmati suasana malam di Putrajaya dan lebih kurang 9 buah (famili) exora konvoi ke Senawang - sambung TT dengan Cip Rayman (juga AJK tertinggi 2011/2012) di kedai Tom Yam selepas keluar TOL - Senawang.

Sempat juga abang Asnor dan abang ad_klia membuat audio check jalur Radio Komunikasi Dua Hala TDM - Gunong Telapak Burok dan di jawab oleh N-26 = Pak Tam.

Kami beransur pulang ke base masing jam 00:45am. Aku sampai ke base (+/-) jam 02:00am.