Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Rabu, Februari 15, 2012

ASAA - Callsign atau Isyarat Panggilan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, juga salam kontek perdana dari 9W2ECS.

13/02/2012 aku telah pergi ke SKMM Cyberjaya bersama abg aSaMBoi aka 9W2VAS untuk mendaftar ASAA. Pada awalnya aku pergi SKMM untuk mendaftar isyarat panggilan 9W2GMS, tetapi telah pun di daftarkan oleh orang lain, kemudian aku dah confirm nak ambil isyarat panggilan 9W2XPD iaitu pilihan yang kedua (pegawai SKMM tu kata esok bersamaan 14/02/2012 baru boleh siap).

Aku balik sambil memikirkan isyarat panggilan yang keempat iaitu 9W2ECS dan berkenan pula, jadi aku telah mengambil keputusan pergi  ke SKMM pada esoknya atas urusan nak tukar isyarat panggilan sebelum permohonan aku yang semalam di luluskan. Alhamdulillah permohonan tukar dari 9W2XPD ke 9W2ECS telah diterima oleh pegawai SKMM.

Pada petangnya aku ada urusan menukar MYKAD kepada yang baru di Putrajaya (sengaja aku pergi buat pertukaran MYKAD kat sana sbb dekat ngan SKMM Cyberjaya) supaya senang nak pergi ambil kad kuasa ASAA yang telah siap di proses.Tapi malangnya di JPN Putrajaya ramainya orang sbb aku dapat nombor giliran yang ke 0567 (ramainya org). Nasibler  rakan EOCM Jackie aka TDM E-J aka yang pergi membuat pendaftaran ASAA di SKMM Cyberjaya pada tengahari 14/02/2012..apa lagi minta tolong Jackie tolong ambil kad kuasa aku yang dah siap di samping 2 lagi AA rakan iaitu 9W2LMJ dan 9W2AVZ yang meminta aku tolong ambilkan sekali kad kuasa mereka.Oh ya Jackie juga telah secara rasminya mendapatkan callsign 9W2EJC.

Dengan itu secara rasminya aku telah berjaya mendaftar ASAA  dengan isyarat panggilan 9W2ECS.

ASAA STANDARD LAMINATION
Sekian dulu penulisan kali ini..akhir kata Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...jumpa dan jumpa lagi, 73. 

                                           

2 ulasan:

9w2pck berkata...

Saya ingin berhubung dengan 9W2AVZ. Kami perlu bantuan dari rakan2 dari Perlis yang menggunakan data/digital transmission. Sila berhubung dengan saya dgn kadar segera. Saya, 9M2DA dan 9W2NOS akan berada di Arau pada hujung minggu ini 16/17 Mac 2012 untuk memberi penerangan..... de 9w2pck @ choysegt@gmail.com TK 73

mdshaari berkata...

Salam kontek perdana dari saya 9W2ECS handle operator mdshaari.
Saya rakan baru.

QSL atas informasnya rakan. Info telah saya smskan kepada 9W2AVZ.
Sekian.

TK kerana sudi ke blog saya yang tak seberapa ni.

73.