Ahad, Julai 31, 2011

Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan

Aku ingin mengambil kesempatan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan 
mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimah yang 
beragama islam. 


Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama 
30hari yang di wajibkan ke atas umat islam dengan lancarnya.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun lepas...Amin

PENGERTIAN IBADAH PUASA
Pengertian puasa mengikut istilah Syara’ ialah “Menahan diri dari 
makan,minum serta melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.
Wajib berpuasa bagi orang yang menganut agama islam, 
 telah cukup umur (akil baligh) dan berakal.
Waktu / masa berpuasa adalah dari terbitnya fajar Sadik hingga 
terbenamnya matahari (masuknya waktu magrib)



Lafaz Niat untuk Puasa (Sebulan)
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
  
Lafaz Niat Puasa (Harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka 
dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

1 ulasan:

  1. Pada 8/8/2011 - 13/8/2011 aku berada di Pasir Puteh, Kota Bahru Kelantan dan juga Permaisuri, Setiu K. Terengganu

    BalasPadam