Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Ahad, September 09, 2012

Majlis Jamuan Aidilfitri TDM 2012

Jemputan Rumah Terbuka Raya TDM Communication pada tarikh 8hb September 2012 bermula jam 20:30hrs - sehingga rasa nak balik, telah di terima dari FB: TDM.


Lokasi               : Restoran D' Pantai (berhampiran Jabatan Veterinar) Jalan Jelebu
Alamat lokasi       :  Batu 6, Jalan Pantai 71700, Seremban, Negeri Sembilan.
Papago kordinat :  2°45'23.88"N 101°59'44.01"E


Alhamdulillah telah berlangsung dengan lancar dengan kekuatan dan kehadiran rakan TDM yang berkelapangan, benar2 puas hati. Seronok dapat bersalaman di daratan bersama rakan TDM.
Maklumlah, sebelum ini hanya QSO di jaluran dan dengan keahlian TDM yang semakin bertambah menjadikan TDM semakin meriah dan ceria.

Di mulakan dengan ucapan dari TDM N03 - Pak Kri dan penyampaian AA serta sijil TDM 2012 kepada rakan2 yang baru "join" (ambo tolong ambilkan AA rakan2 TDM Echo) oleh TDM N02 - Abg Mohd Noh. Kemudian di jamu dengan makanan yang enak sambil di adakan acara cabutan bertuah. (ambo tak bertuah lak malam tue..huhuhu).

Rakan Echo = EOCM yang baru join TDM boleh collect AA  dengan ambo.





                     Gambar di ambil dari kamera henpon ambo dan sedikit dari admin FB TDM.
                                         ada dari penembak cekap lum "upload' lagi hehehehe

Majlis bersurai pada jam 00.00hrs. Insya'allah ada kelapangan di lain masa pasti ambo turut serta "event' TDM. Salam keluarga dari keluarga. Ambo sampai di BASE jam 01:45hrs ada jugak rakan yang menemani QSO semasa perjalan pulang (TDM WTX - Nazim & TDM ER - Raymie)  maklumlah perut dah kenyang, mengantuk hehehe.

P/s: Baru jer dapat tahu mlm kejadian adalah Ulang Tahun Kelahiran Pak Kri - Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pak Kri - TDM N03. Begitu juga buat admin FB TDM selamat ulang tahun kelahiran.

Sekian. QRU 73.