Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Khamis, Mei 24, 2012

Bulan MEI 2012 - Fuuuhh!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.

Fuh, Bulan MEI 2012, banyak sungguh tarikh dan cuti umum/peristiwa iaitu :-

1hb - Hari Buruh/Pekerja
5hb - Hari Wesak(tak ada kena mengena ngan aku hehehe
5hb & 6hb - Hari Sambutan Ulang Tahun yang ke-3 EOCM 
          - di sambut di Morib Gold Coast Resort.
6hb - Juga adalah Ulang Tahun Kelahiran aku 
          - (makan kek ramai-ramai bersama keluarga EOCM).
12hb - Hari Jururawat Sedunia (selamat hari jururawat buat isteriku)
13hb - Hari  Ibu - Terima kasih (emak)
           - yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan
           (Isteriku yang juga ibu kepada anak kami).
16hb - Hari Guru
           - (Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberikan aku ilmu ) - SKSE, SMSE yang
              dah bertukar kepada SM - Sri Naning) dan SM - Sri Pantai.
19hb & 20hb - kredit  ke Hamfest Malaysia 2012 (aku tak dapat join sebab QRL dengan tugasan).
24hb & 27hb - kredit ke Hamfest Putrajaya (akan cuba cari masa untuk pergi - rugi rasanya tak join).

24hb - Hari Ulang Tahun Perkahwinan aku bersama isteriku
Hari ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan aku bersama isteriku Siti Natrah Binti Abdul Rahim.(walaupun begitu perkenalan aku dengan isteriku sudah lebih dari 10 tahun).

Alhamdulillah, syukurku kepada Allah yang memberikan aku kebahagiaan, pengalaman dan cahaya mata (anak), yang menceriakan kehidupan kami supaya lebih bertanggungjawab ke atas amanah darinya.

Aku percaya setiap orang ada cerita sendiri, kehidupan susah-senangnya tetapi terpulang kepada mereka bagaimana harus menangani masalah atau membuat kehidupan keluarga lebih bermakna...begitu juga aku yang sentiasa cuba memperbaiki segala kekurangan agar keluarga aku akan lebih selesa.

Cerita aku biasa sahaja, cuma aku ada satu prinsip dari dulu iaitu, keluarga mestilah di beri keutamaan daripada apa jua yang cuba kita lakukan.

Terima kasih juga kepada kedua ibu-bapa kami yang merestui perhubungan kami.



Sekian. Salam ceria. Assalamualaikum. Chario 73.