Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam kontek kenal, Salam kontek perdana
dari EOCM 536CR / EOCM 036 WP / 9W2ECS / TDM E-MS
Sudi2kan lah menjadi sahabatku, biar pun tak mengenali pada asalnya, kita tak akan kenal mengenal sekiranya tidak memulakan dahulu.

Sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf.
Komen dari anda amatlah di hargai, ikhlas : mdshaari

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM )

Penerangnan

Exora Owners' Club Motorsport ( EOCM ) adalah sebuah kelab yang di daftarkan bawah akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naungan Kementerian Belia Sukan ( KBS ) pada 05 APRIL 2012. No. Sijil 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian SEUMUR HIDUP, tiada yuran bulanan atau tahunan.

Cara2 menjadi ahli

1.Daftar Ahli Forum | 2.Muat turun Terma dan Syarat serta Borang Keahlian | 3.Lengkapkan Borang Keahlian dan Scan | 4.Penghantaran Borang boleh melalui Sesi Teh Tarik sambil mengenali rakan dan Cip di kawsan ANDA atau boleh juga EMEL kan ke mdshaari.hassan@gmail.com | Saya akan REPLY.

Cari Blog Ini

Khamis, Jun 30, 2011

Temankan rakan yang baru berminat dengan Hobi Radio

Pada 21/06/2011 aku dan 2 rakan dari EOCM yang mana turut mendaftar diri dengan TDM Communication & Services pergi ke kedai kat LowYat untuk beli handy pada awalnya, akan tetapi setelah mereka membuat keputusan dengan mengambil kira dari segi diskaun yang di perolehi sekiranya membeli pakej COMBO..iaitu Handy + Mobile RIG + Full Accessories.

EOCM member Jackie - EOCM 1005 aka TDM Echo Juliet dan aSaMBoi - EOCM 798 aka Echo Alfa Sierra telah memilih untuk membeli handy jenama AVOX dan Mobile RIG jenama Icom V8000 dengan Antena Mobile Pro Gainer - MC101.


 

Bro aSaMBoi atau Fakhrul Anuar Sulaiman terpaksa balik awal sebab nak ambik anak (harmonic) balik sekolah dan minta aku tolong bawa balik fullset item yang baru dibeli, manakala bro Jackie pula menghantar aku pulang ke base Taman Bukit Angkasa dan kita orang Tango-Tango sambil Jackie mencuba handy yang baru di beli. hehehehe.

Bro Jackie ingin cuba memancar di jaluran Tango Delta Mike, aku cuba menulis satu skrip yang perlu di ikut supaya bro Jackie tidak kekok ke udara. Dan walaupun kali pertama memancar...not bad...

Item Bro aSaMBoi yang aku bawa balik sempat ler aku ambil gambarnya...




Beli Handy dan DIY pasang Cable,Bracket dan Antena

Kali ni aku nak posting rakan EOCM yang sama macam aku juga, baru meminati hobi Radio komunikasi dua hala dan mendaftar dengan Jaluran TDM Total Communication And Services. Member pergi sendiri mendaftar dengan Pak Shukri selaku Pengerusi TDM di Port. Dickson.

Tak nak tunggu lama2 member aku ajak pergi temankan dia beli handy di Plaza LowYat. Nama Kedai Icam


Akuamy82 ni cadang nak cari yang serupa ngan model yang aku beli Quansheng TG-UV2 (dual band) dan alang dah membeli terus beli sekali ngan Antenna, Cable Dan Bracket untuk di pasangkan di Exora beliau.
Pergh..kalau dah minat ada belasah jerlah..
Keesokkan harinya pula terus DIY pasang cable,bracket dan antenna pada exora beliau..tak mau buang masa..maklum ler dah bayar lesen pendaftaran TDM dan barang pula dah ada...hehehe.






Sempat lagi tempek emblem Handling By Lotus yang di beli dari member EOCM juga - Bro jimon


Khamis, Jun 23, 2011

Tali Minyak / Cable Throttle LC135 PUTUS

Assalamualaikum.

Khamis - 23/06/2011 jam 8:40am, Aku merempit pulang dari tempat kerja Pusat Bandar Puchong melalui Lebuhraya NPE menghala ke Taman Bukit Angkasa. Sebelum menghampiri Pondok Tol tali minyak motor LC135 aku putus...adoiyaiii...nasib kurang baik pagi ni...apo nak buekkan. Nak menolak ke rumah mcm jauh sikit..jadi aku buat keputusan menolak ke arah bertentangan dan keluar dari lebuhraya masuk ke kawasan Pasir lama menghala ke Jalan Klang Lama (kalau tak salah aku ler...hehehe). Sebab setahu aku ada satu kedai motorsikal di kawasan berhampiran. Nasibler kedai motor tu dah buka. Fuh Legalah sikit.

Bila aku kata kabel minyak aku putus dan tanya pada tauke kedai ada stok tak? Lega lagi bila dia kata ada..yang kurang leganya bila dia kata ada masalah sikit, pomen dia dua2 belum masuk kerja lagi mungkin lambat sbb ada urusan lain..memandangkan aku dah malas nak menolak motor aku pun ambil keputusan menunggu sajalah pomen dia masuk kerja.

Akhirnya salah satu pomen kedai sampai pada jam 09:35am, terus tauke tu minta pasangkan cable throttle tu dengan kadar segera...tauke tu kata kalau dia pandai pasang dah lama di buatkan..di sebabkan LC135 agak sudah dan leceh sikit proses penukarannya tauke tu tak nak ambik risiko.

Boleh tahan jugak aku menunggu proses pemasangan oleh pomen tu dan akhirnya siap pada jam 10:25am..pergh lamanya menanti, tapi apakan daya aku lagi ler tak pandai...asalkan siap dan boleh merempit balik pun dah kira Alhamdulillah.

Kos-Barang +Upah pasang = RM45.00 ntah ler mahal ke murah atau berpatutan pun aku tak tahu...hehehe.

Selasa, Jun 14, 2011

Ulang Tahun Kelahiran (Puteri Kami)

                             
Sabtu - 11/06/2011 baru ni kami telah mengadakan satu jamuan kecil2an di rumah kami Taman Bukit Angkasa sempena menyambut ulang tahun kelahiran puteri kami Nur Arissa Husna yang genap usianya 2 tahun.Majlis bermula dari jam 13:00 - 20:00.

Syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada rakan yang sudi hadir mahu pun tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu.Terima kasih juga atas hadiah yang diberikan.

Maaf juga dari kami sekeluarga sekiranya layanan kurang memuaskan, maklum ler kunjungan tetamu tak putus-putus, alhamdulillah tiada pembasiran makanan.





Aku hanya menjemput yang mana ikut dan aje...kalau boleh memang nak jemput ramai lagi...tapi majlis hanya
sehingga pukul 8.00pm.

Terima kasih juga pada Ex-Supervisor EBB - Puchong Recovery Center - En. Nazrul sekeluarga yang sempat meluangkan masa. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang datang memeriahkan majlis. Ada rezeki lain kali buat lagi hehehehe.





Selasa, Jun 07, 2011

Tukar penutup tempat isi minyak

Hari ini 7/06/2011, akubalik dari cangkulan(kerja), terus pergi ke Proton Edar Service Center Seksyen 13, PJ.

Baru ni aku pergi buat tuning dan check brake..aku komplen ada bau petrol berhampiran kawasan tempat minya diisi. Pihak teknikal dah buat pemeriksaan dan penyelesaiannya adalah dengan cuba mengantikan penutup yang mana dikhuatiri dah kurang gripnya atau agaknya dan kembang ler kot kat kawasan getah di keliling penutup tu...fahaman aku jer..

Tapi memandangkan tak ada stok, kena oerder part...baru ni aku mendapat panggilan barang dah ada..dan aku pula baru ada kelapangan pada hari ni..apa lagi terus pergi untuk dapatkan barang gantian..harap tiada lagi bau minyak petrol kadang-kadang benda remeh kalau di biarkan atau buat tak kisah akan membahayakan.

Tapi aku sampai lambat dan ramai orang aku kena tunggu looor...hehehehe. Tak pa asalkan dapat yang terbaik.
Tak pulak aku rasa bosan menunggu sebab pihak proton edar telah menyediakan jaluran wifi dan setiap komputer boleh ler aku layan surfing internet dan forum EOCM.

Sekian entri yang tak seberapa dan secara spontan taip..hehehe






Ahad, Jun 05, 2011


Weblog Salam Pantai Timur to me

Weblog Salam Pantai Timur


Posted: 04 Jun 2011 02:14 AM PDT


Pentas Dikir di bawakan oleh Radio Televisyen Malaysia, satu-satunya program 
realiti TV yang mencari bakat Juara & Tukang Karut terbaik. Bertemakan 1 Rentak 1 Jiwa, program ini akan di tayangkan di saluran Astro Channel 180.
Ujibakat akan bermula 11 Jun 2011 dan 12 orang akan dipilih iaitu seramai 6 Calon Juara dan 6 Calon Tukang Karut. Mereka akan dikuarantin selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persedian ke konsert mingguan. Saringan akan meliputi dua pusingan dan 4 orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya 2 pasangan akan dipilih ke Grand Final bagi merebut hadiah utama.
Sesi ujibakat pada 11 Jun 2011 akan di acarakan oleh Amir Raja Lawak, Kelas Pentas Dikir pada 18 Jun – 26 Jun 2011 di acarakan oleh Wan Sharmila. Manakala Konsert Saringan 30 Jun 2011, konsert separuh akhir 2 Julai 2011 dan konsert akhir di acarakan oleh Nabil Raja Lawak.
Tenaga pengajar pula di barisi Megat Nordin sebagai Pengetua@ AdiGuru, Yie Arjuna sebagai Tok Nebeng, Halim Yazid sebagai Pengkritik Tetap dan Sabri Yunus sebagai Pengkritik Jemputan.